Melawat Rakan Kongsi - Tanggungjawab
CDM Madun pernah menekankan kepada ahli supaya bertanggungjawab kepada semua rakankongsi.. rentetan dari pesanan itu teman malam tadi melawat salah seorang rakan kongsi yang lama menyepi..
Perbualan selama 2 jam sebagai mengeratkan semula silaturrahim, banyak cerita dari sahabat ini berkisar kepada kerja pejabat, lawak jenaka, perniagaan yang sahabat ini usahakan sekarang dan borak-borak kosong.. Teman sempat juga bertanya tentang perkembangan Hai-o, teman hanya dapat mengingatkan supaya keahlian tidak dimatikan dan dari perbualan itu teman dapat tahu sahabat ini masih menyimpan 7 unit Bio-Aura bernilai RM14,560.00.
Melalui perbualan pendek itu juga teman tahu yang sahabat ini telah banyak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terkini serta kaedah jualan yang di amalkan dalam BUDAYA 369. Perbualan kami berkesudahan begitu sahaja tanpa teman dapat gagal untuk berkongsi BUDAYA 369 dengan sahabat ini.. kami akan berjumpa lagi..
Friday, November 28, 2008 | 0 Comments
Handphone hilang...
Nasib-nasib... balik dari meeting kat selayang 25/11/2008 (selasa) handphone teman hilang.. mungkin ade hikmahnya.. tapi teman terkilan juga sebab nombor telefon prospek sume ade dlm tu... dan malam tu pulak lepas kuar dari tempat meeting, teman tgh rancak hantar sms pada rakan kongsi untuk berkongsi ilmu yg teman dapat malam tu...
Friday, November 28, 2008 | 0 Comments
Berjaya dapat rakan kongsi baru...
Alhamdulillah, berjaya mendapat sorang lagi rakan kongsi malam tadi... setelah hampir 2 minggu usaha berterusan dan tidak jemu menjawab soalan, temukan dengan upline dan bawa kepada "meeting".
Kerja seterusnya adalah TANGGUNGJAWAB kepada rakan kongsi baru ini, perkara ini dibincangkan kepada upline iaitu Cikgu Yaki bagi mendapatkan pandangan untuk membantu rakan kogsi baru ini. Insyaallah dengan bantuan upline-upline yang ada kami akan bersama-sama dalam meneruskan usaha ini agar rakan-rakan kongsi yang sedia ada sentiasa 'terjaga' dan terus berusaha bagi mencapai matlamat untuk sama-sama berjaya membebaskan diri dari kesempitan kewangan. Insyaallah...
Thursday, November 20, 2008 | 0 Comments
Sistem "Budaya 369"
Sistem yang diberi nafas baru sangat-sangat mudah, menurut ahli yang telah mempraktikkan sistem BUDAYA 369 ini berjaya menarik semula prospek-prospek yang suatu ketika dulu sangat-sangat membangkang dan benci melihat unsur-unsur yang ada dalam sistem sebelum ini.
Menarik!! Kongsi pengalaman oleh seorang Cikgu yang sedang menyambung pengajian Ijazah di UPSI telah mengambil cuti dari meneruskan pelajaran selama setahun baru sahaja pulang dari Paris menerusi pakej percutian yang ditaja oleh syarikat. Beliau telah berjaya meyakinkan sahabat lamanya seorang ahli perniagaan yang membangkang MLM 200%. Menurut beliau melalui pembentangan BUDAYA 369 sahabatnya telah pun menjadi ahli.
CDM Madun pula pada malam itu, mengingatkan ahli supaya bertanggungjawap kepada rakan kongsi, lakukan praktikal selain dari datang setiap kali kelas diadakan.
Manakala pada diri saya sendiri, saya telah datang bersama seorang rakan baru dari UPSI pada malam tersebut dan Alhamdulillah rakan tersebut telah nampak dan faham perjalanan BUDAYA 369 dan akan mendaftar pada malam ini untuk menjadi ahli...
Wednesday, November 19, 2008 | 2 Comments
BICARA TENTANG AIR....
KENAPA KLORIN DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT AIR?
Air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.
Namun, klorin yang digunakan sebagai bahan perawat adalah sebatian yang sangat aktif. Apabila dicampurkan dalam bekalan air, bahan perawat ini bukan sahaja membunuh bakteria dan virus dalam air tetapi juga bertindak balas dengan bahan kimia lain dalam air.
Hasil daripada proses pengklorinan akan membentuk sebatian baru yang disebut Hasil Sampingan Pembasmi (Disinfectant By Product – DBP). DBP yang berkaitan dengan klorin termasuklah Trihlometana (THM) seperti kloroform – blomoform dan diklorometana yang merupakan karsinogen berbahaya.
ADAKAH SELAMAT MEMINUM AIR MASAK?
Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100ÂșC.
Meskipun begitu, air masih mengandungi logam berat, bahan kimia toksik dan lain-lain pencemar berbahaya yang TIDAK BOLEH DIHAPUSKAN SECARA PENDIDIHAN.
Haba dari air yang mendidih menyebabkan tindak balas kimia dan menghasilkan Triklorometana (THM) dan sebatian klorin lainnya.
KEPENTINGAN AIR BERALKALI
Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sell, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.
Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral. Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali.
Jangan meminum semata-mata air kosong contohnya air suling iaitu air yang hanya mempunyai molekul-molekul Hidrogen dan Oksigen dan tidAk mempunyai elektrolit mineral. Tambahan pula air kosong jenis ini mudah menyerap bahan berasid, radikal bebas yang diambil dari makanan dan akan digunakan disel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh sistem badan.
Jika kepekatan ion hydrogen melebihi paras normal atau tinggi, tubuh seseorang individu itu akan mengalami asidosis atau berasid. Perubahan kadar tindakbalas bahan kimia yang jelas boleh berlaku dengan perubahan kepekatan ion hydrogen walaupun sedikit.
PENYAKIT-PENYAKIT DISEBABKAN pH BADAN BERASID
Kanser Sel
Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.
Kencing Manis
Bahan toksik berasid berkumpul dipankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.
Darah Tinggi
Tokisk berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.
Darah Rendah
Toksik berasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.
Penyakit Buah Pinggang
Pengumpulan toksik berasid di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.
Osteoporosis
Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium da tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama-kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis.
Rheumatisme
Toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.
Sembelit
Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancer, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.
p/s - sekadar berkongsi maklumat drp artikel yg pernah saya baca. Salah silap, harap dimaafkan.
Sumber dari: http://www.ittutor.net/forums oleh bestofel
Friday, November 07, 2008 | 0 Comments
Air akuarium tidak pernah tukar guna air Bio Aura
Ujian ini saya lakukan sendiri, kata orang ikan emas sangat snsitif dan mudah mati jika air kotor. Makanya saya telah cuba sendiri membela ikan emas dalam kuantiti yang banyak. Sejak membela ikan emas saya tidak pernah meletak sebarang anti klorin, ubat-ubatan atau garam seperti yang dicadangkan penjual ikan. Ini kerana saya nak melihat sendiri hasilnya,
Spesifikasi akuarium:
Saiz akuarium anggaran 2 kaki x 4 kaki kot??
Motor mengepam air
Penapis kotoran
7 ekor ikan emas
1 ekor ikan bandaraya
2 ekor (kategori ikan sepat kot)
2 ekor (macam ikan bandaraya tapi spesis lain dan kecil)
2 ekor (ikan ape ntah ade belang tarung kat badan die)
9 ekor (ikan ni patutnya makanan ikan puyu tapi bela je kat sini)
Jangka hayat air setakat ini sudah hampir 3 minggu.
Cara penjagaan hanya menambah air Bio-Aura serta menukar span penapis.
Projek akan datang nak letak udang besar dalam akuarium ni.
Thursday, November 06, 2008 | 0 Comments
Kualiti air di Taman Merpati, Kalumpang, Selangor
Salah seorang pelanggan yang telah menggunakan penapis air Bio-Aura di rumah.
Alkisahnya Mak Cik ni ambil upah menjaga anak (termasuk ler anak teman), pada permulaanya teman minta pasang satu kat rumahnya untuk percubaan dan selepas sehari pasang dapat dilihat kualiti airnya seperti gambar dibawah.. sekarang mak cik ni terus pakai dengan bayaran ansuran..
Gambar semasa baru dikeluarkan dari tabung. Beginilah kekotoran dan kualiti air di rumah mak cik ni.
Gambar ini diambil semasa proses membersih dilakukan. Lihat perbezaannya.
Ini adalah filter yang telah dibersihkan.
Thursday, November 06, 2008 | 0 Comments
Penapis Air Bio-Aura

Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air
Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia
- Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
- Unsur-unsur mineral yang seimbang;
- Nilai pH cenderung kepada alkali;
- Molekul-molekul yang kecil.

Apakah kelebihan air Bio Aura?
- Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
- Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
- Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
- Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.
Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?
Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:
- Penghadaman;
- Menyingkirkan bahan buangan;
- Melicinkan sendi-sendi;
- Mengimbangkan suhu badan;
- Mengekalkan fungsi-fungsi sel;
- Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.
Adakah air Bio Aura sesuai diminum oleh bayi atau kanak-kanak?
Sudah tentu! Orang tua dan wanita mengandung juga sesuai meminumnya. Air Bio Aura sesuai diminum oleh seisi keluarga anda.
Perlukah Bio Aura kerap diselenggarakan?
Hanya perlu menukar penapis megikut jadual penggantian yang disarankan, Bagi penapis seramik (penapis A), anda perlu mencucinya setiap 3 atau 4 minggu, bergantung kepada kualiti air tempat yang anda duduki.
Testimoni
Pesakit buah pinggang
Pesakit Gout 1
Pesakit Gout 2
Pesakit Darah Tinggi & Resdong
Pesakit Segugut
Pesakit Kulit
Pesakit Kulit Bersisik
Pesakit Ketumbuhan Tulang yang Tidak Normal
Pesakit Luka Kaki
Pesakit Ketumbuhan Jerawat Pada Saraf Tunjang
Maklumat terperinci produk: http://en.hai-o.com.my/bio-aura/teknologi.asp
Harga: RM2080.00
Terma: COD atau ansuran bulanan serendah RM100.00 (boleh runding)
Wednesday, November 05, 2008 | 0 Comments



