Bolehke Bio-Aura Hasilkan Air Bersih & Suci??
ahmad sadadi: salam
syah2511: sala
syah2511: teman kuar jap tadi
syah2511: ade pe ustz?
ahmad sadadi: xde ape saje je
ahmad sadadi: la
ahmad sadadi: tanye kabo
syah2511: nak tanya
syah2511: kalau air yg nak dibuat minum tu, mestilah air yg diyakini bersih dan suci
syah2511: katelah sumber air sungai, kita tau macam macam ada, najis haiwan, sampah najis manusia pun ada
syah2511: kemudian air sungai tu pula lalu macam2 proses sebelum sampai ke kawasan kita
syah2511: hinggakan fizikal najis tu hancur dan tak nampak dengan mata kasar
syah2511: lepas tu katalah berlaku penyerapan air dlm tanah
syah2511: kita gali perigi
syah2511: dan keluar mata air
syah2511: air tu sumbernye dari sungai tadi
syah2511: kita guna air perigi untuk masak dan membasuh mandi dsgnya..
syah2511: soalan
syah2511: adakah air sungai bernajis tadi bersih untuk kita guna?
ahmad sadadi:
ahmad sadadi: ok tu soalan die ye
ahmad sadadi: punye panjang td tunggu gak mane soalan
ahmad sadadi: lame2 timbu gak
ahmad sadadi: hehehe
ahmad sadadi: xpe
ahmad sadadi: cantik persoalan tu
ahmad sadadi: tman jawap ikut ilmu tman yang cetek la ye
ahmad sadadi: mgkn ringkas tp mudah faham kot
ahmad sadadi: kite berbalik dalam hukum fiqah
ahmad sadadi: air yang suci dan menyucikan
ahmad sadadi: inilah air yang boleh kite at mandi basuh minum bsb
ahmad sadadi: ape die air tu?
ahmad sadadi: air mutlak la kan........
ahmad sadadi: air mutlak ia suci bersih kerana tiada ape 2 yang sifat yang menunjukkan die kotor
ahmad sadadi: tu je
ahmad sadadi: sifat bau busuk xde,
ahmad sadadi: warne pun x berubah,
ahmad sadadi: dan rase pun sedap la kirenya
ahmad sadadi: tanpa ade perisa tambahan hehehe
ahmad sadadi: saje je
ahmad sadadi: itu yang pokok
ahmad sadadi: berbalik pada punca air dr sungai td
ahmad sadadi: mmg di ikutkan asalnya huku air najis
ahmad sadadi: tp telah bertukar x najis
ahmad sadadi: sebab sifat air yang bernajis dan kotor td dah xde
ahmad sadadi: ok
ahmad sadadi: tula jawapan yang serba ringkas dr tman
syah2511: Bagaimana kejadian air mutlak? atau Bagaimana nak hasilkan air mutlak?
ahmad sadadi: nak panjang lebar lg kiter masuk kelas
ahmad sadadi: kejadian air mutlak yang nyata tidak ade sifat pada air yang 3 td
ahmad sadadi: bau busuk xde, warne elok, dan rase pun elok
ahmad sadadi: itu sudah dikira air mutlak
ahmad sadadi: suci dan menyucikan
ahmad sadadi: walaupun asalnya air sungai tu ade najis
ahmad sadadi: warne keruh
ahmad sadadi: dan mgkn berbau
syah2511: Kalau gunakan penapis air seperti Bio-Aura, buat satu demo, ambil air sebesen, air tu dicampur dengan lampin kencing, kain lap meja, tanah bercampur najis haiwan, kemudian digaulkan semua dalam air tadi.
syah2511: Kemudian air tadi ditapis dengan Bio-Aura dan hasilnya, Air yang jernih, air yang tidak berbau dan air yang rasa lebih segar dari air yang dimasak... itu air mutlak?
ahmad sadadi: yup
ahmad sadadi: bg tman itu dkire air
ahmad sadadi: yang mutlak
ahmad sadadi: walaupun asalnya air x mutlak
ahmad sadadi: yg penting utk kite fhm apepun yang kite minum kite kene tau sifat air tu
ahmad sadadi: sbb kite nak cite mengenai bio aura kite
ahmad sadadi: jelas ketiga2 sifat air mutlak ade pada air bio aura
syah2511: air mutlak ia suci bersih kerana tiada ape 2 yang sifat yang menunjukkan die kotor
sifat bau busuk xde,
warne pun x berubah,
dan rase pun sedap la kirenya
syah2511: OK ustz. TQ
ahmad sadadi: yup
syah2511: petang ni jumpa kat kelas
syah2511: ila liqa'...
ahmad sadadi: kelas kefahaman islam
ahmad sadadi: insyallah
ahmad sadadi: ma'as salamah
Wednesday, June 10, 2009 | 0 Comments
Testimoni Bio-Aura 2
Subjek: Air Bio-Aura & Air Paip
Cara ujian: Tadah ke dua-dua jenis air dalam cawan plastik
Keterangan gambar:

1) Gambar kiri adalah air dari Bio-Aura, gelembung-gelembung udara yang halus (Bio-Aura air beroksigen) terhasil dan berkumpul didinding cawan plastik.
2) Gambar kanan adalah air paip, tiada gelembung udara halus..
Friday, February 20, 2009 | 0 Comments
Testimoni Bio-Aura 1
Subjek: Sayur Kangkung (baru beli dari pasar malam hari yang sama)
Cara ujian: Sayur (dengan akar) direndam ke dalam tadahan air paip & bio-aura
Keterangan gambar:
1) Sayur disebelah kiri dibasuh dan direndam dalam air paip
2) Sayur disebelah kanan dibasuh dan direndam dengan air bio-aura

Hasil ujian:
1) Sayur yang direndam dalam air paip layu dan tidak segar, daunnya juga menguncup dan warna berubah. Manakala bahagian akar berubah warna menjadi putih (dah mati kot)
2) Sayur yang direndam dalam air bio-aura kelihatan segar dan menghijau, daunnya kembang dan warna masih maintain. Manakala bahagian akar masih mengekalkan warna semasa dibeli di pasar...
Proses ujian telah dijalankan dalam tempoh masa sehingga 4 jam.
Hasil sayur yang direndam dalam air paip.



Hasil sayur yang direndam dalam air Bio-aura


Friday, February 20, 2009 | 0 Comments
Budaya 369 Modal Pilihan Anda Dan Bukan Paksaan
Penting untuk anda mengenali syarikat dan produk-produknya.
Melihat kepada kekuatan, kewujudan, kebenaran, kejayaan, pengiktirafan syarikat.
Melihat kepada testimoni, jaminan, kekuatan, kehebatan, pasaran produk.
Melihat kepada kejayaan ahli-ahli yang menyertai perniagaan syarikat.
- Cepat atau lambat bergantung kepada usaha anda.
- Tidak perlu meninggalkan pekerjaan sekarang.
- Buat kerja sambilan dengan pendapatan melebihi gaji kerja tetap berbaloi dengan usaha anda.
- Sehari kerja sepenuh masa minimum 2 jam atau terpulang kepada anda yang menentukannya.
- Tiada tekanan dari segi kewangan & masa, anda tentukan.
- Berniaga sambil beramal dari pelbagai sudut yang anda ketahui dan tidak ketahui.
Tidak semua orang boleh menerima BUDAYA 369, tetapi BUDAYA 369 BOLEH TERIMA SESIAPA SAHAJA YANG SUDI MENDENGAR & MELAKUKANNYA.
Pengalaman orang tua-tua kita yang dah melalui apa yang nak kita buat sekarang, kata mereka..
Tuah ayam nampak ditaji tuah manusia tiada sesiapa tahu..
Yang pipih tak datang melayang. Yang bulat tak datang bergolek..
Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..
Ringkasnya ALLAH S.W.T telah membuka pintu-pintu rezeki untuk umatnya. Seperti yang di SUNAHKAN oleh Rasulullah S.A.W. 9/10 pintu rezeki dari perniagaan. PELUANG dalam perniagaan ada bermacam-macam jadi intai-intailah dan dekatilah pintu-pintu rezeki ini dan bertanyalah tentangnya.
Tak kenal maka tak cinta. Kalau tuan tak bertanya macam mana tuan nak tahu tentang BUDAYA 369 yang membantu seramai-ramainya ahli bukan sahaja yang dah bergelar CDM tetapi macam saya yang baru SSM pun merasakan betapa berbaloinya DUIT/BONUS/INCOME/PENDAPATAN/REZEKI yang saya peroleh melalui perniagaan ini dengan mengamalkan BUDAYA 369.
Ketahuilah tentang perniagaan ini, SMS/Telefon 017-239 7710 atau e-Mail syah2511@gmail.com
untuk temujanji / keterangan lanjut. Saturday, February 14, 2009 | 0 Comments
Hai-O Bantu Tambah Pendapatan Sampingan
Kongsi pengalaman terkini SSM Rizal dari Selangor...
Terjebak dengan program Usahawan Hai-O sejak bulan Puasa 2007 dengan 10 barang penapis air
Bio Aura Hi-Tech Water System.
Terima bonus pertama seperti yang diterangkan dalam sistem sebelum membuat sebarang jualan dan terima ahli baru.
Sehingga hujung tahun 2007 dengan bantuan upline berjaya mendapatkan 2 orang rakan kongsi yang mempunyai impian yang sama. Seorang Ustaz dan seorang Pembantu Tadbir. Barang masih belum jual.
Dalam bulan puasa 2007 turut terjebak dengan program pelaburan syarikat MPSB (seangkatan Jai Network, Buluh Mas, Jazmeen dll, konsep 5D - Duduk Diam Diam Dapat Duit) , awal tahun 2008 masalah lain menimpa, MPSB disiasat BNM dan tiada income dari MPSB. Tapi Hai-O masih konsisten dan melahirkan bumiputera yang berjaya.
Kini bulan Februari 2009 modal dari MPSB masih belum dapat.
10 penapis air Bio-Aura Hitech Water Systems
pula habis dijual secara tak langsung (tak pandai menjual pun). Bonus pertama RM4600
yang dapat pada tahun 2007 masih lagi cover untuk loan sampai sekarang dan ada belen cover dalam 3 bulan lagi. Baki loan seterusnya dibayarkan oleh kawan-kawan yang beli
secara ansuran. Rakan kongsi pula dah ada 4 orang.
Ringkasnya, apa yang sedang berlaku sekarang:
1. Buat loan tak usik gaji
2. 10 penapis air bernilai RM20,800 dah dijual secara ansuran (pembeli bayarkan loan setiap bulan)
3. Tambahan pendapatan melalui BONUS selain gaji yang diterima dari kerja tetap sekarang
Kerja tetap yang dilakukan melalui perniagaan Hai-O:
1. Datang ke kelas atau majlis ilmu yang diadakan.
2. Jumpa dan belajar dari upline.
Kelebihan dapat sejak sertai Hai-O:
1. Pendapatan tambahan
2. Ilmu perniagaan
3. Kesihatan (Alhamdulillah penyakit Gout sampai bengkak kaki belum pernah jadi sejak guna
sejak bulan puasa 2007)
4. Motivasi dan sikap positif
5. Disisihkan rakan-rakan terdekat.
6. Dapat rakan kongsi Usahawan Hai-O dari merata tempat , berkenalan dengan orang Melayu dari pelbagai pelbagai kerjaya yang telah berjaya sebagai Usahawan dan berkongsi pengalaman dan ilmu dari yang bekerja sebagai tukang angkat barang di Pasar Borong Selayang, Pembantu Am Rendah bekerja di INTAN, penganggur dari lepasan Universiti, driver lori, mat rempit, pekerja kilang, Professor dari Universiti tempatan, Pegawai Latihan Usahawan MARA. Semua ni jumpa di kelas / majlis ilmu)
Banyak pengalaman yang diperolehi,
Kata kawan-kawan yang sama kerja sekarang,
Impian nak hidup senang, rumah besar dan selesa, kenderaan besar dan selesa, selesa melancong, bahagiakan mak ayah dan bantu adik beradik selalu ada, tapi dengan kerja sekarang tak nampak jalan untuk capai impian tu.
Tapi dengan perniagaan sebagai Usahawan Hai-O, jalan dan peluang dah ada, bukti kejayaan orang-orang Melayu dan perniagaan ni dah banyak mendapat pengiktirafan dari kerajaan dan pengiktirafan peringkat global. Bergantung kepada usaha diri sendiri lambat atau cepat kejayaan untuk berjaya. Yang terbaik perniagaan dengan Hai-O, kita tidak berjaya dan kaya seorang, siapa sahaja yang buat telah menempah nama dan tempat untuk berjaya dan jadi jutawan, hanya tinggal usaha, kesabaran, doa dan istiqamah sahaja diperlukan. Itu yang sedang dialami dan dilalui sekarang..
Ketahui Informasi Kerjaya Usahawan Hai-O: Hubungi Syah 017-239 7710
Friday, February 13, 2009 | 0 Comments
Dialog Perniagaan MLM Akan Jadi Tepu
za (2/4/2009 9:43:32 PM): salam
za (2/4/2009 9:43:39 PM): saje nk tanya pendapat ko
za (2/4/2009 9:44:17 PM): ko tak rasaker.. MLM ni bukan long term... satu hari dia akan mengucup..sbb semua org buat menda yg sama... sejauh mana kekuatan ko nk mengatasi masaalah ni
syah(2/4/2009 9:45:10 PM): soklan ni dah biase dengar
syah (2/4/2009 9:45:20 PM): mmg byk ahli baru yg tanye soklan ni
za (2/4/2009 9:45:30 PM): so apa jawapan ko
syah (2/4/2009 9:45:30 PM): aku blajar gak cara menjawap soklan ni
syah (2/4/2009 9:45:42 PM): dan rasenya kau patut tau sebab kau lagi otai dari aku
za (2/4/2009 9:46:04 PM): otai apa
za (2/4/2009 9:46:08 PM): ni perbincangan
za (2/4/2009 9:46:27 PM): kalau tanya akulah... aku bersetuju dgn kenyataan tu
syah (2/4/2009 9:47:46 PM): pada mulanya aku memang was was dan risau jugak tapi logik nya ada dan secara praktikalnya pun ada cuma org tak PMbil kisah.
za (2/4/2009 9:48:07 PM): ni bincang ilimiah
za (2/4/2009 9:48:36 PM): yup mmg skrg menda tu tak nmpk
za (2/4/2009 9:48:51 PM): tapi 2 0r 3 tahun mungkin kita nmpk
za (2/4/2009 9:49:04 PM): tapi apa2 pun
za (2/4/2009 9:49:09 PM): selagi network ko berjalan
za (2/4/2009 9:49:13 PM): selagi tu ko tak perlu risau
za (2/4/2009 9:49:18 PM): tu jer kekuatannya
za (2/4/2009 9:49:19 PM):
syah (2/4/2009 9:49:24 PM): betul
za (2/4/2009 9:49:52 PM): dan pada waktu tu ko da balik modal dan makan untung..so ko peduli apa waktu tu apa berlaku
syah (2/4/2009 9:50:36 PM): sebab terpulang pada DIRI SENDIRI... pegang je pada janji yg ALLAH berikan... die yg menentukan rezeki, 9/10 rezeki dari perniagaaN & DIA tak kan ubah nasib hambanya selagi hambanya tak berusaha sendiri
syah (2/4/2009 9:51:10 PM): jadi buat je niaga apa pun yg halal... tepu ke tak tepu ke kita tak tau... yg pasti kalau buat memang ALLAH melihat
za (2/4/2009 9:51:19 PM):
syah (2/4/2009 9:52:23 PM): CNI, LUXOR, PMWAY, COSWAY, dan byk lagi sykt MLM semua dah berusia 20-50 tahun (kot) masih lagi kukuh berdiri tak tepu dan byk lagi sykt baru muncul... K-Link dll
za (2/4/2009 9:53:39 PM): cop yg lama2 tu betul tapi yg tinggal byk yg da maintain
za (2/4/2009 9:53:50 PM): tapi dari pandangan peribadi aku lah
za (2/4/2009 9:53:57 PM): yg lama2 ni semakin menyepi
za (2/4/2009 9:54:10 PM): aura dia da tak kehilatan
za (2/4/2009 9:54:18 PM): takda org appoarch lagi
za (2/4/2009 9:54:31 PM): skrg hi-o,dcl yg baru2 kuat ler
za (2/4/2009 9:54:38 PM): yg dulu2 tak lagi
syah (2/4/2009 9:54:44 PM): TEPU atau TIDAK kita takkan tahu... sebab setiap hari lahir manusia dibumi, setiap tahun puluh ribu budak Universiti keluar kerja semua tu manusia yang berterusan akan keluar dan bekerja dan akan mencari pekerjaan dan kehidupan yg selesa.. rezeki diorang kita tak tahu.. mungkin kerani, mungkin ustz, lawyer atau ahli perniagaan MLM
za (2/4/2009 9:54:47 PM): so aku rasa yg skrg ni akan jd cam tu gak
za (2/4/2009 9:55:30 PM): betul ko ada point
syah (2/4/2009 9:55:38 PM): nak kata tepu... aku pun tak buleh terima konsep ni memula tapi macam tu la kalau nak kata tepu ni mungkin kalau takde org yg mati dan takda kelahiran baru tepu la kot
za (2/4/2009 9:55:57 PM): yup ko ada point
za (2/4/2009 9:56:11 PM): yg penting berusaha...kita tak tau rezeki mana yg allah nk bagi kat kita
syah (2/4/2009 9:58:20 PM): dari segi produk CNI masih tak kalah.. CNI tongkat ali masih sedap dan hebat
syah (2/4/2009 9:58:21 PM):
za (2/4/2009 9:58:42 PM): hehe pasal cni punya kopi tu kan
za (2/4/2009 9:58:45 PM): aku bukan apa
za (2/4/2009 9:58:53 PM): red guara lagi manfaat
za (2/4/2009 9:59:06 PM): ni pandangan aku setelah mengunakan byk kopi
syah (2/4/2009 9:59:09 PM): yup, mcm tu la
za (2/4/2009 9:59:28 PM): sbb red guara dia kafain terlalu less
za (2/4/2009 9:59:31 PM): dia merawat
za (2/4/2009 9:59:39 PM): skrg ni berat badan aku da berkurang
za (2/4/2009 9:59:44 PM): pagi aku tak makan
za (2/4/2009 9:59:52 PM): sbbnya kena makan b4 makan
syah (2/4/2009 9:59:59 PM): maknanya, masih ada yg berpendapat kopi cni bagus dan ada yg berpendapat kopi lain bagus... makna kata ade peminat memasing...
za (2/4/2009 10:00:03 PM): so dia mengurangkan nafsu makan ko..tak mencucuk2 lagi
za (2/4/2009 10:00:11 PM): yup
za (2/4/2009 10:00:15 PM): tu tak nafikan
syah (2/4/2009 10:00:16 PM): beli yg mana kita minat dan barang tetap akan terjual
syah (2/4/2009 10:00:21 PM): sykt pon tetap buat duit
za (2/4/2009 10:00:25 PM): mungkin peminat cni tak merasa red guara
syah (2/4/2009 10:00:33 PM): macam tu la
za (2/4/2009 10:00:37 PM): tu pandangan peribadi aku ler
za (2/4/2009 10:00:45 PM): sbb mmg minum kopi ni PMalan aku
za (2/4/2009 10:00:50 PM): last skali kopi radix
syah (2/4/2009 10:00:53 PM): jadi usaha kita la contoh macam kau yg dah rase kopi tu musti nak kongsi dgn org lain
syah (2/4/2009 10:01:38 PM): so dah ditentukan memang org tu akan bertukar selera kepada kopi kau tu makanya disitu la usaha kita dan rezeki yg ditentukan tuhan.. tak jadi ler persoalan tepu
za (2/4/2009 10:02:06 PM): persoalan tepu tu bergantung pada individu
za (2/4/2009 10:02:28 PM): sbb ko nyer tepu tak sama ngan org yg tak buat
za (2/4/2009 10:02:35 PM): tak leh salah mereka
za (2/4/2009 10:02:39 PM): masing2 punya pendapat
za (2/4/2009 10:02:51 PM): kalau ko paksa mereka
za (2/4/2009 10:03:00 PM): mmg kompem depa tak leh
za (2/4/2009 10:03:09 PM): so apa perlu didebatkan lagi
za (2/4/2009 10:03:14 PM): p ler kat org lain
za (2/4/2009 10:03:21 PM): so tak perlu debat ngan mereka
za (2/4/2009 10:04:42 PM): ok tu jer
za (2/4/2009 10:04:44 PM): hehe
za (2/4/2009 10:04:46 PM): nk buat keje
za (2/4/2009 10:04:48 PM):
syah (2/4/2009 10:07:25 PM): betul tu... tepu ni adalah pendapat memasing dilihat dari sudut yg macam mana... cuma kalau batu disiram air hari-hari lekuk juga adala perubahan.. tapi siapa yg sanggup dan berani nak g siram hari-hari, buleh putus sahabat dan kena pulau la cam aku kena sekrang...
Wednesday, February 04, 2009 | 0 Comments
BUDAYA 369 - Rezeki Allah Yang Tentukan
Jika kita berforex / insuran / public mutual / dll dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.
Dan tidak terkecuali juga jika kita makan gaji dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan pada pekerjaan itu.
Saya terpaksa menerima tamparan tersebut dengan rela hati, kerana dalam Budaya 369 kita harus setuju dengan pendapat mereka. Setuju supaya tidak menjadi pertelingkahan yang sia-sia, setuju untuk muhasabah diri, setuju untuk memperbaiki diri dari segi keilmuan, setuju untuk menjadikan diri kebal dengan keadaan seperti ini atau yang lebih teruk, setuju berkorban untuk berjaya, beginilah Budaya 369 yang diterapkan supaya mengubah sikap menjadi sabar, menjadi berilmu, berubah menjadi sikap yang baik.
Janji Allah bahawa
DIA tidak akan mengubah nasib umatnya jika umatnya sendiri tidak berusaha untuk berubah
dan
9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan
adalah benar....
Jangan sesekali anda mencemuh individu yang berusaha dalam perniagaan kerana mereka sedang mengerjakan suruhan ALLAH dan jika anda mencemuh mereka tidakkah anda mencemuh suruhan ALLAH juga... berdosa atau tidak anda fikirkan.Monday, January 19, 2009 | 0 Comments
Budaya 369 - Bersama Pemimpin Sebalik Tabir Syarikat Hai-O
Insan yang mencipta Budaya 369, CDM tertinggi kumpulan, pendapatan RM +++,+++.++ sebulan, tidak lokek ilmu mau pun duit, boleh ajak duduk semeja bila-bila masa, berwawasan untuk membantu orang-orang Islam terutama Bangsa Melayu berjaya dan selesa dalam hidup, menitik beratkan ahli menuntut ILMU perniagaan Budaya 369, bekas kerani sekolah Tamil dalam estet kat belakang Kolej Ungku Omar, UPSI. Hensem tarak manis ada.. inilah dia CDM Madun B. Buyong bersama isteri CDM Samiah Bt. Parman...



Thursday, January 15, 2009 | 0 Comments
BUDAYA 369 Bukan Sistem Piramid
Pengalaman teman sendiri jatuh bangun dalam perniagaan HAI-O setahun yang lalu telah membuktikan perkara ini. Teman 'join' perniagaan ini pada bulan puasa 2007, sewaktu teman dalam keadaan 'down' income tiada, nak jual barang pun susah, nak bercakap tentang perniagaan ini pun tak yakin ditambah pula masalah diperlekehkan oleh kawan-kawan dipejabat membuatkan teman rasa tak bersemangat. Hari-hari mengadap masalah yang sama.
'Upline' / rakan kongsi memainkan peranan sebagai bukti kata-kata teman diawalnya. Dalam tempoh setahun itulah 'upline' mengajak ke kelas ilmu setiap minggu. Kadang-kadang teman pergi, kadang-kadang mengelak untuk pergi. Tetapi ISTIQAMAH 'upline' dan sikap bertanggungjawab kerana mereka yang mengajak serta meyakinkan teman suatu ketika dulu untuk melakukan perniagaan ini berterusan sehinggalah hari ini bagi memastikan teman juga berjaya.
Ini realiti dalam kumpulan teman yang mempraktikkan BUDAYA 369 dan hasil daripada kelas ilmu maka teman faham lah sekarang dan sedar bagaimana BUDAYA 369 betul menjadikan kaum Melayu berjaya dan melonjakkan prestasi syarikat sejak diperkenalkan pada tahun 2004 sehinggalah dianugerahkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan anugerah khas "Sumbangan ke Arah Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian BUMIPUTERA 2007" dan "Anugerah Kecemerlangan Perniagaan BERETIKA 2008". Belum ada mana-mana syarikat MLM yang telah lama berdiri teguh menerima PENGIKTIRAFAN KEMENTERIAN seperti ini.
Pepatah Melayu ada mengatakan..
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian...
Wednesday, January 14, 2009 | 0 Comments
Komitmen Senang, Kerja Senang, Nak Senang Dapat Duit - 5D

5D = Duduk Diam Diam Dapat Duit
Ini la komitmen yang paling kawan-kawan teman suka sangat. Yakin gila lar sampai ade yang dah diuruskan loan untuk join HAI-O buleh beralih arah laburkan kepada perniagaan jenis ini.
Labur duit takda barang, kepercayaan juga dilaburkan kepada syarikat yang bersandarkan kepada status yang baru dicipta, pulangan 10% - 20% setiap bulan, dalam tempoh singkat dah cover modal, sampai hujung kontrak kaut untung. Komitmen? sangat mudah dan senang, cukup bulan semak akaun di laman web syarikat dan tunggu duit masuk akaun lepas tu cerita kat kawan-kawan sebagai bukti.
Syok gile bile member dengar, tak payah fikir panjang sebab bukti yang tak berapa pasti kejayaannya dah ada depan mata, member kamcing tu woooo masyuk bebulan tak buat ape pun. Loan untuk niaga Hai-O baik laburkan kat sini tak payah pening kepala bagi KOMITMEN nak buat Hai-O...
Bila dah labur dan baru dapat rasa pulangan 2-3 kali, syarikat disita!! Bank Negara buat siasatan syarikat menyalahi AMLA dan BAFIA, kantoi la sampai sekarang... hari-hari pening kepala pasal KOMITMEN nak bayar loan bank, hasil yillek....
Ini la bentuk KOMITMEN yang paling laris dan diikuti orang-orang kita.. siapa orang-orang kita? Lu pikir la sendirik...
Saturday, January 10, 2009 | 0 Comments
BUDAYA 369: Komitmen = Usaha = Rezeki
Masalah komitmen merupakan alasan yang pernah teman terima sebagai pengalaman teman dalam menceritakan peluang untuk mendapat pendapatan melalui perniagaan ini kepada rakan-rakan.
Memang tidak dinafikan sebab masa mula-mula teman diajak join HAI-O penolakan dengan alasan begini teman dah gunakan malah dari mula-mula dulu mase join CNI, LUXOR, COSWAY MLM atau apa juga jenis pernigaan yang kawan-kawan ajak teman dah gunakan alasan ni juga. Tapi bila ditanya "Nak duit?" dah tentulah nak, siapa tak perlukan duit walaupun duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit.
Pada teman komitmen = usaha = rezeki. Apa kerja pun yang kita buat perlu berikan komitmen untuk melaksanakannya dan mendapatkan hasil yang setimpal sesuai dengan komitmen yang diberikan. Terpulanglah pada DIRI SENDIRI dimana komitmen itu hendak dihalakan, tepuk dada tanya selera.
Dalam melaksanakan BUDAYA 369 memang perlu ada komitmen. Kejayaan dalam perniagaan ini terletak pada DIRI SENDIRI untuk menentukan tempoh kejayaan. Begitu juga dengan rezeki yang hendak diberikan ALLAH melalui BUDAYA 369, teman terpaksa akui kebenaran pengalaman ahli-ahli yang telah merasai nikmat kejayaan dan keselesaan hidup, ALLAH memberikan rezeki sesuai dengan komitmen yang kita buat. Dengan janji ALLAH kepada umatnya yang mahu berusaha mengubah nasibnya SENDIRI dan juga janji ALLAH 9/10 punca rezeki dari perniagaan adalah PASTI TERJADI. Maka terpulanglah KOMITMEN DIRI SENDIRI untuk melaksanakan suruhan ALLAH...
Saturday, January 10, 2009 | 0 Comments
DDM Rizwan
DDM Rizwan
[Membangunkan ramai usahawan dari pekerja swasta yang berjaya]
* Langkah dari SM ke DSM.
- Tapi tak semestinya setiap orang akan bermula dari SM. Mungkin D1,2..D6..
* Bagi SM => Jangan abaikan set produk yg dimiliki.
> Kesemua produk berkualiti merupakan aset untuk kita cairkan.
> Lakukan jualan, dlm masa yg sama akan jumpa byk peluang sponsor.
* Untuk sponsoring, jangan sekali2 mewajibkan hanya untuk prospek yg mampu beli 10 set.
> Buka peluang kepada siapa saja yg MAHU. Bergantung kemampuan. Walaupon pada mereka yg hanya mampu beli 1 produk.
* Yang penting, beri kefahaman yg jelas tentang bagaimana proses kenaikan pangkat dan pembahagian bonus.
> Fokus pada berapa produk yg mampu dijual bagi mencukupi PV untuk kenaikan pangkat sekaligus menambah % keuntungan.
> Jangan hanya fokus pada 'berapa orang' yg join. Kita berniaga barang, bukan orang!
BANTU RAKAN / KENALAN MEMBUAT TARGET (CIPTA IMPIAN)
- Timbulkan rasa minat & cintakan majlis2 ilmu yg diadakan.
Mungkin kita letih dalam usaha kita mencapai matlamat dan impian. Namun jangan kita lupa, setiap penat letih kita dibayar. Kita menjalankan misi yg besar. Walaupon kelihatan lekeh!
- Buang pengaruh bisnes MLM lama dari fikiran. Bisnes kita di Hai-O bukan bersifat bermusim.
> Tugas usahawan Hai-O adalah menyampaikan maklumat yg diterima kepada semua orang.. Walaupon orang yg pernah menerima maklumat yg sama dari orang lain. Kerana penyampaian setiap orang adalah berbeza walaupon tentang benda yg sama.
> Apa sahaja yg berlaku atas diri kita dari tindakan / pilihan kita adalah dari kita sendiri. Kerana itu kita dikira akil baligh!
DISANA terdapat trek usahawan : Anda yg berjaya melayakkan diri sebagai Pengurus Jualan [SM].
Dari sini barulah anda dikira bermula sebagai usahawan. Bukan lagi pengedar biasa.
Posted by Hj Zack at http://golden6.blogspot.com/2008/10/perkongsian-ilmu-pengalaman.html
Monday, January 05, 2009 | 0 Comments
CDM Azizul [Jelmaan CDM Madon]
* Sentiasa biasakan / tabiatkan diri buat sponsoring selalu.
* Sponsoring bukan bertujuan nak suruh orang join bisnes kita semata2. Tapi merupakan latihan bagi kita dalam proses memantapkan ilmu yg dipelajari.
Monday, January 05, 2009 | 0 Comments
Jumpa Prospek di Teluk Intan
(Gambar: Medan selera tempat jumpa dengan prospek)
Selesai tugas hari ini, jumpa prospek di Teluk Intan... Insyaallah jika tiada masalah loan maka dapat ler sorang lagi ahli..
Tapi tak sangka perkara luar dugaan berlaku dan teman memang tak bersedia nak hadapinya tapi bak kata CDM Samiah pada teman redah je...
Teman sampai di T.Intan jam 11.30 pagi agak terlewat sebab janji jam 10.30 pagi tapi dah info pada rakan kongsi teman (Yati- nak jumpa prospek dia ni le).
Macam yang diajar sebelum jumpa prospek teman duduk diam jap kat dalam kereta semak buku, keratan akhbar dan bahan-bahan yang berkaitan nak bawa termasuk ler BORANG AHLI (wajib ni beb). Pastu duduk jap diam-diam ambil nafas sambil niat dalam hati tujuan nak jumpa prospek ni untuk bagi dia info, berkongsi dan tunjuk peluang sahaja... join atau tidak rezeki ALLAH tentukan.
Bila jumpa prospek macam biasa la bagi salam tanya khabar dan bercerita dulu hal tentang dia. Cuba gak praktikkan cam DDM Awi bagi tau KENALI PROSPEK, cari lobang-lobang dan di mana kelemahan dia. Sambil tu teman praktikkan juga konsep 5S, setuju dengan pendapat prospek. Kerja teman memula buka minda prospek, lepas tu teman tengok prospek ni dah 2-3 kali tarik nafas panjang terus teman tanya "Nak tahu ke sistem BUDAYA 369?". Terus dia iya kan sahaja, agaknya dari tadi dok tahan geram mungkin teman terlalu lama intro dengan dia..
Makanya teman cerita perjalanan BUDAYA 369 satu demi satu dan dia juga ada bertanya itu dan ini. Bila dia dengar pasal 'BUAT LOAN X USIK GAJI BAYAR LOAN' teruja juga dia nak tahu macam mana. Dia faham dan setuju lepas tengok step-step yang teman tunjuk.
Akhir sekali alhamdulillah dia nak join dan teman sedang uruskan loan.. SUBHANALLAH rezeki yang tak diduga harap semuanya lancar sehingga dia ahli...
Err tentang perkara luar dugaan tu, hari tu teman pasang BIO-AURA HITECH WATER SYSTEM kat rumah Yati tapi ade penolakan pula pada ahli keluarga dia, diorang dah macam-macam soal pada Yati ni, seram sejuk juga masa nak pasang tu ada ahli keluarga dia buat tak layan dan tunjuk reaksi tak puas hati... tengah pasang tu pun sentiasa berdoa juga supaya takda la masalah semasa nak pasang dan ALHAMDULILLAH semuanya selesai.. harap takde masalah kemudian. Sempat juga teman bagi info kebaikan produk pada mak cik Yati (dia sorang je yang sudi nak dengar dan layan). Harap sangat takda masalah.
Saturday, January 03, 2009 | 0 Comments
Sepupuku DSM dan Lahirkan 3 CDM

Siapa sangka cempedak menjadi nangka... (best ke jadi nangka?)
Alahai tak sangka pulak sepupu yang teman ajak pegi makan dengan niat tersirat nak cerita perniagaan Hai-O rupanya dah join sejak 2006 dan dah DSM serta melahirkan 3 orang CDM...
Letih teman letih... betul kata upline dan Abang Madun, tak perlu cari yang jauh jauh, cerita dulu pada ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan yang terdekat dulu... dia dah bagi tau tapi teman je tak buat sebab mase dulu-dulu segan lagi tak nak jatuh air muka la kunun dengan sedara mara...
Malam tu teman datang jemput dia kat rumah sewa dengan kereta Toyota Wish, dia punya la kagum cam tak percaya tapi dah agak teman mesti ade buat niaga dan bila tengok kereta nombor 369 terus dia tembak tanya teman mesti buat Hai-O. Apa lagi suka campur berbunga-bunga ler dalam hati, tak yah intro dah tahu... pastu terus dia kate dia pun ahli dah DSM dan dah ada 3 CDM... HAMPEHHHHHHHHHHHH bukan rezeki teman lerrrr... dan die pun kate hampeh kat teman kalau tak dia pun nak ajak teman join... sama sama hampeh....
Moral: Ikut kata upline.... pasni kami dah mula nak berebut sepupu yang lain pulak...
Saturday, January 03, 2009 | 0 Comments
Teluk Intan Here I Come

Tak sangka pula teman rakan kongsi teman ni (Yati) ade pulak prospek tak sampai sebulan jadi ahli. Atas kesudian prospek dia untuk mengetahui berhubung perniagaan ini maka seharusnya teman memberikan kerjasama yang terbaik bagi memberi penerangan dan kepada Yati juga ambil peluang ini bersama-sama kita mempelajari dan mempraktikkan ilmu yang ada.
Harus bersama kita ingat, tidak boleh ade niat untuk memaksa dan terlalu berharap bahawa prospek tu akan jadi ahli dan bersetuju dengan apa yang kita terangkan kerana dia adalah manusia yang ada akal, nafsu dan ego. Kita hanya memberi maklumat, menunjukkan jalan antara punca rezeki yang ada dan yang telah diamalkan, menunjukkan bukti kejayaan dan lain-lain dengan cara yang terbaik dan berhemah.
Samada prospek itu setuju untuk menyertainya atau tidak maka terpulanglah kepada Allah yang menentukan rezeki tiap-tiap hambanya, kita berusaha dan tawakal.
Yang baik dtg dari Allah, yang tak baik dan gagal jadikan pengajaran supaya kita belajar dan muhasabah diri melihat di mana kelemahan dan perbaikinya... insyaallah.
Tuesday, December 30, 2008 | 0 Comments
DSM Zafarul - Kongsi Pengalaman
DSM Zafarul....
Kongsi pengalaman bersama beliau dan juga cerita-cerita produk syarikat yang pernah beliau gunakan di http://zcaldina369.blogspot.com/
Tuesday, December 30, 2008 | 0 Comments
Satu permulaan hidup sebagai Usahawan
Posted by ayah aqil & aqilah
Kongsi pengalaman bersama beliau, lawati http://hai-o369group.blogspot.com
Tuesday, December 30, 2008 | 0 Comments
Lawati Link Sahabat Hai-O
Bagi anda yang baru dan tercari cari apa yang dilakukan oleh ahli Hai-O sehingga berjaya lawati link yang disediakan.
Bagi anda yang telah menjadi ahli dan mencari-cari pengalaman dan ilmu, lawati link yang disediakan dan cedoklah ilmu / pengalaman yang diceritakan untuk dipraktik.
Monday, December 29, 2008 | 0 Comments
Praktikal Praktikal & Praktikal
Malam tadi ikut upline (zcaldina) jumpa prospek die dekat area Summit. Memang sengaja serah tengkuk kat upline nat buat praktikal bentang BUDAYA 369.
Ceritanya sebelum pergi tu memang dah nekad nak bentang buat praktikal BUDAYA 369. Lepas tu pulak memang sendiri tahu yang prospek tu kawan upline so tak kisah le redah je kalau salah cakap pun bukannya teman kenal pun. Lepas tu pulak dalam hati tu berulang-ulang kali teman katakan pada DIRI SENDIRI "pergi nak praktis bentang BUDAYA 369 masuk ke tak masuk tuhan tentukan".
Sebenarnya teman dapat tahu upline nak jumpa prospek dalam 5 jam awal dan dalam tempoh tu memang tak sempat nak praktis BUDAYA 369 dan nak list down apa yang perlu teman nak cakap sebab macam-macam hal ler ceritanya...
Jadi teman pun teringat balik info dan cerita pengalaman masa pegi kelas dan yang menguat dan meyakinkan semangat ialah bayangkan muka CDM Samiah dan kata-kata hikmahnya masa kami borak-borak kat kedai makan "Redah je...".
Lepas jumpa prospek tu upline layan borak dulu cerita serba sedikit pasal syarikat bawak keluar majalah dan surat khabar tunjuk sikit. Bila masuk bab BUDAYA 369 teman punya tugas pula dan upline teman observe...
Masa BENTANG BUDAYA 369 tu teman tak tengok langsung muka upline. Lantak ko la kui kui kui kui.. walaupun teman tak berapa ingat step dalam BUDAYA 369, teman ada salin step BUDAYA 369 dan itu lah penyelamat teman masa buat pembentangan. Tengok sikit pastu tulis balik dan huraikan.. ALHAMDULILLAH teman rasa puas dan tak banyak melalut, semua soalan-soalan yang diajukan dapat upline dan teman jawabkan...
Yiiihaaa berjaya redah buat selamba muka tak malu je bentang BUDAYA 369. Rasa macam terer pulak... tapi sampai la teman tulis blog ni, teman tak tanya lagi maklum balas dari upline cara pembentangan teman kui kui kui kui.... Selamat Mencuba
Sunday, December 28, 2008 | 0 Comments




