Komitmen Senang, Kerja Senang, Nak Senang Dapat Duit - 5D

5D = Duduk Diam Diam Dapat Duit
Ini la komitmen yang paling kawan-kawan teman suka sangat. Yakin gila lar sampai ade yang dah diuruskan loan untuk join HAI-O buleh beralih arah laburkan kepada perniagaan jenis ini.
Labur duit takda barang, kepercayaan juga dilaburkan kepada syarikat yang bersandarkan kepada status yang baru dicipta, pulangan 10% - 20% setiap bulan, dalam tempoh singkat dah cover modal, sampai hujung kontrak kaut untung. Komitmen? sangat mudah dan senang, cukup bulan semak akaun di laman web syarikat dan tunggu duit masuk akaun lepas tu cerita kat kawan-kawan sebagai bukti.
Syok gile bile member dengar, tak payah fikir panjang sebab bukti yang tak berapa pasti kejayaannya dah ada depan mata, member kamcing tu woooo masyuk bebulan tak buat ape pun. Loan untuk niaga Hai-O baik laburkan kat sini tak payah pening kepala bagi KOMITMEN nak buat Hai-O...
Bila dah labur dan baru dapat rasa pulangan 2-3 kali, syarikat disita!! Bank Negara buat siasatan syarikat menyalahi AMLA dan BAFIA, kantoi la sampai sekarang... hari-hari pening kepala pasal KOMITMEN nak bayar loan bank, hasil yillek....
Ini la bentuk KOMITMEN yang paling laris dan diikuti orang-orang kita.. siapa orang-orang kita? Lu pikir la sendirik...




Post a Comment