Bolehke Bio-Aura Hasilkan Air Bersih & Suci??
ahmad sadadi: salam
syah2511: sala
syah2511: teman kuar jap tadi
syah2511: ade pe ustz?
ahmad sadadi: xde ape saje je
ahmad sadadi: la
ahmad sadadi: tanye kabo
syah2511: nak tanya
syah2511: kalau air yg nak dibuat minum tu, mestilah air yg diyakini bersih dan suci
syah2511: katelah sumber air sungai, kita tau macam macam ada, najis haiwan, sampah najis manusia pun ada
syah2511: kemudian air sungai tu pula lalu macam2 proses sebelum sampai ke kawasan kita
syah2511: hinggakan fizikal najis tu hancur dan tak nampak dengan mata kasar
syah2511: lepas tu katalah berlaku penyerapan air dlm tanah
syah2511: kita gali perigi
syah2511: dan keluar mata air
syah2511: air tu sumbernye dari sungai tadi
syah2511: kita guna air perigi untuk masak dan membasuh mandi dsgnya..
syah2511: soalan
syah2511: adakah air sungai bernajis tadi bersih untuk kita guna?
ahmad sadadi:
ahmad sadadi: ok tu soalan die ye
ahmad sadadi: punye panjang td tunggu gak mane soalan
ahmad sadadi: lame2 timbu gak
ahmad sadadi: hehehe
ahmad sadadi: xpe
ahmad sadadi: cantik persoalan tu
ahmad sadadi: tman jawap ikut ilmu tman yang cetek la ye
ahmad sadadi: mgkn ringkas tp mudah faham kot
ahmad sadadi: kite berbalik dalam hukum fiqah
ahmad sadadi: air yang suci dan menyucikan
ahmad sadadi: inilah air yang boleh kite at mandi basuh minum bsb
ahmad sadadi: ape die air tu?
ahmad sadadi: air mutlak la kan........
ahmad sadadi: air mutlak ia suci bersih kerana tiada ape 2 yang sifat yang menunjukkan die kotor
ahmad sadadi: tu je
ahmad sadadi: sifat bau busuk xde,
ahmad sadadi: warne pun x berubah,
ahmad sadadi: dan rase pun sedap la kirenya
ahmad sadadi: tanpa ade perisa tambahan hehehe
ahmad sadadi: saje je
ahmad sadadi: itu yang pokok
ahmad sadadi: berbalik pada punca air dr sungai td
ahmad sadadi: mmg di ikutkan asalnya huku air najis
ahmad sadadi: tp telah bertukar x najis
ahmad sadadi: sebab sifat air yang bernajis dan kotor td dah xde
ahmad sadadi: ok
ahmad sadadi: tula jawapan yang serba ringkas dr tman
syah2511: Bagaimana kejadian air mutlak? atau Bagaimana nak hasilkan air mutlak?
ahmad sadadi: nak panjang lebar lg kiter masuk kelas
ahmad sadadi: kejadian air mutlak yang nyata tidak ade sifat pada air yang 3 td
ahmad sadadi: bau busuk xde, warne elok, dan rase pun elok
ahmad sadadi: itu sudah dikira air mutlak
ahmad sadadi: suci dan menyucikan
ahmad sadadi: walaupun asalnya air sungai tu ade najis
ahmad sadadi: warne keruh
ahmad sadadi: dan mgkn berbau
syah2511: Kalau gunakan penapis air seperti Bio-Aura, buat satu demo, ambil air sebesen, air tu dicampur dengan lampin kencing, kain lap meja, tanah bercampur najis haiwan, kemudian digaulkan semua dalam air tadi.
syah2511: Kemudian air tadi ditapis dengan Bio-Aura dan hasilnya, Air yang jernih, air yang tidak berbau dan air yang rasa lebih segar dari air yang dimasak... itu air mutlak?
ahmad sadadi: yup
ahmad sadadi: bg tman itu dkire air
ahmad sadadi: yang mutlak
ahmad sadadi: walaupun asalnya air x mutlak
ahmad sadadi: yg penting utk kite fhm apepun yang kite minum kite kene tau sifat air tu
ahmad sadadi: sbb kite nak cite mengenai bio aura kite
ahmad sadadi: jelas ketiga2 sifat air mutlak ade pada air bio aura
syah2511: air mutlak ia suci bersih kerana tiada ape 2 yang sifat yang menunjukkan die kotor
sifat bau busuk xde,
warne pun x berubah,
dan rase pun sedap la kirenya
syah2511: OK ustz. TQ
ahmad sadadi: yup
syah2511: petang ni jumpa kat kelas
syah2511: ila liqa'...
ahmad sadadi: kelas kefahaman islam
ahmad sadadi: insyallah
ahmad sadadi: ma'as salamah
Wednesday, June 10, 2009 | 0 Comments
Testimoni Bio-Aura 2
Subjek: Air Bio-Aura & Air Paip
Cara ujian: Tadah ke dua-dua jenis air dalam cawan plastik
Keterangan gambar:

1) Gambar kiri adalah air dari Bio-Aura, gelembung-gelembung udara yang halus (Bio-Aura air beroksigen) terhasil dan berkumpul didinding cawan plastik.
2) Gambar kanan adalah air paip, tiada gelembung udara halus..
Friday, February 20, 2009 | 0 Comments
Testimoni Bio-Aura 1
Subjek: Sayur Kangkung (baru beli dari pasar malam hari yang sama)
Cara ujian: Sayur (dengan akar) direndam ke dalam tadahan air paip & bio-aura
Keterangan gambar:
1) Sayur disebelah kiri dibasuh dan direndam dalam air paip
2) Sayur disebelah kanan dibasuh dan direndam dengan air bio-aura

Hasil ujian:
1) Sayur yang direndam dalam air paip layu dan tidak segar, daunnya juga menguncup dan warna berubah. Manakala bahagian akar berubah warna menjadi putih (dah mati kot)
2) Sayur yang direndam dalam air bio-aura kelihatan segar dan menghijau, daunnya kembang dan warna masih maintain. Manakala bahagian akar masih mengekalkan warna semasa dibeli di pasar...
Proses ujian telah dijalankan dalam tempoh masa sehingga 4 jam.
Hasil sayur yang direndam dalam air paip.



Hasil sayur yang direndam dalam air Bio-aura


Friday, February 20, 2009 | 0 Comments
Penyakit Datang Dalam Senyap
Darah teman diambil dan keputusan mendapati teman tiada masalah kemungkinan mengidap darah tinggi atau kencing manis, tetapi ada penyakit lain pulak yang teman dapat iaitu jankitan kuman pada hati...
Punca teman tak pasti tapi menurut doktor, teman perlu menjalani pemeriksaan Hepatitis B. Doktor nak pastikan sama ada teman dijangkiti atau pembawa virus berkenaan. Menurut doktor lagi mungkin dah hampir sebulan teman dapat penyakit ni dan kalau teman dijangkiti antara caranya adalah melalui air liur. Kalau difikirkan balik kongsi air liur melalui kongsi bekas makanan yang sama (kami 3 beranak ni aje la). Dan sekali lagi darah teman diambil untuk pemeriksaan Hepatitis B, memang tak best lar kena cucuk ngan jarum ni.. 2 kali cucuk plak tu baru dapat darah..
Jadinya, hari jugak teman nak bawak anak isteri pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan kot-kot ada dikalangan kami ni ada virus yang sama. Harap dapat kesan awal dan buleh ambil tindakan pencegahan..
Cuba Produk Hai-O

Ambil peluang dalam masalah.... teman akan mencuba produk hai-o untuk megubati penyakit ni, lagi pun teman kena jumpa doktor dalam masa satu bulan dan 3 bulan akan datang, maknanya kena ambil darah lagi larrr...

Friday, December 12, 2008 | 0 Comments
BICARA TENTANG AIR....
KENAPA KLORIN DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT AIR?
Air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.
Namun, klorin yang digunakan sebagai bahan perawat adalah sebatian yang sangat aktif. Apabila dicampurkan dalam bekalan air, bahan perawat ini bukan sahaja membunuh bakteria dan virus dalam air tetapi juga bertindak balas dengan bahan kimia lain dalam air.
Hasil daripada proses pengklorinan akan membentuk sebatian baru yang disebut Hasil Sampingan Pembasmi (Disinfectant By Product – DBP). DBP yang berkaitan dengan klorin termasuklah Trihlometana (THM) seperti kloroform – blomoform dan diklorometana yang merupakan karsinogen berbahaya.
ADAKAH SELAMAT MEMINUM AIR MASAK?
Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100ÂșC.
Meskipun begitu, air masih mengandungi logam berat, bahan kimia toksik dan lain-lain pencemar berbahaya yang TIDAK BOLEH DIHAPUSKAN SECARA PENDIDIHAN.
Haba dari air yang mendidih menyebabkan tindak balas kimia dan menghasilkan Triklorometana (THM) dan sebatian klorin lainnya.
KEPENTINGAN AIR BERALKALI
Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sell, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.
Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral. Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali.
Jangan meminum semata-mata air kosong contohnya air suling iaitu air yang hanya mempunyai molekul-molekul Hidrogen dan Oksigen dan tidAk mempunyai elektrolit mineral. Tambahan pula air kosong jenis ini mudah menyerap bahan berasid, radikal bebas yang diambil dari makanan dan akan digunakan disel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh sistem badan.
Jika kepekatan ion hydrogen melebihi paras normal atau tinggi, tubuh seseorang individu itu akan mengalami asidosis atau berasid. Perubahan kadar tindakbalas bahan kimia yang jelas boleh berlaku dengan perubahan kepekatan ion hydrogen walaupun sedikit.
PENYAKIT-PENYAKIT DISEBABKAN pH BADAN BERASID
Kanser Sel
Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.
Kencing Manis
Bahan toksik berasid berkumpul dipankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.
Darah Tinggi
Tokisk berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.
Darah Rendah
Toksik berasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.
Penyakit Buah Pinggang
Pengumpulan toksik berasid di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.
Osteoporosis
Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium da tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama-kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis.
Rheumatisme
Toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.
Sembelit
Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancer, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.
p/s - sekadar berkongsi maklumat drp artikel yg pernah saya baca. Salah silap, harap dimaafkan.
Sumber dari: http://www.ittutor.net/forums oleh bestofel
Friday, November 07, 2008 | 0 Comments
Air akuarium tidak pernah tukar guna air Bio Aura
Ujian ini saya lakukan sendiri, kata orang ikan emas sangat snsitif dan mudah mati jika air kotor. Makanya saya telah cuba sendiri membela ikan emas dalam kuantiti yang banyak. Sejak membela ikan emas saya tidak pernah meletak sebarang anti klorin, ubat-ubatan atau garam seperti yang dicadangkan penjual ikan. Ini kerana saya nak melihat sendiri hasilnya,
Spesifikasi akuarium:
Saiz akuarium anggaran 2 kaki x 4 kaki kot??
Motor mengepam air
Penapis kotoran
7 ekor ikan emas
1 ekor ikan bandaraya
2 ekor (kategori ikan sepat kot)
2 ekor (macam ikan bandaraya tapi spesis lain dan kecil)
2 ekor (ikan ape ntah ade belang tarung kat badan die)
9 ekor (ikan ni patutnya makanan ikan puyu tapi bela je kat sini)
Jangka hayat air setakat ini sudah hampir 3 minggu.
Cara penjagaan hanya menambah air Bio-Aura serta menukar span penapis.
Projek akan datang nak letak udang besar dalam akuarium ni.
Thursday, November 06, 2008 | 0 Comments
Kualiti air di Taman Merpati, Kalumpang, Selangor
Salah seorang pelanggan yang telah menggunakan penapis air Bio-Aura di rumah.
Alkisahnya Mak Cik ni ambil upah menjaga anak (termasuk ler anak teman), pada permulaanya teman minta pasang satu kat rumahnya untuk percubaan dan selepas sehari pasang dapat dilihat kualiti airnya seperti gambar dibawah.. sekarang mak cik ni terus pakai dengan bayaran ansuran..
Gambar semasa baru dikeluarkan dari tabung. Beginilah kekotoran dan kualiti air di rumah mak cik ni.
Gambar ini diambil semasa proses membersih dilakukan. Lihat perbezaannya.
Ini adalah filter yang telah dibersihkan.
Thursday, November 06, 2008 | 0 Comments
Penapis Air Bio-Aura

Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air
Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia
- Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
- Unsur-unsur mineral yang seimbang;
- Nilai pH cenderung kepada alkali;
- Molekul-molekul yang kecil.

Apakah kelebihan air Bio Aura?
- Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
- Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
- Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
- Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.
Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?
Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:
- Penghadaman;
- Menyingkirkan bahan buangan;
- Melicinkan sendi-sendi;
- Mengimbangkan suhu badan;
- Mengekalkan fungsi-fungsi sel;
- Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.
Adakah air Bio Aura sesuai diminum oleh bayi atau kanak-kanak?
Sudah tentu! Orang tua dan wanita mengandung juga sesuai meminumnya. Air Bio Aura sesuai diminum oleh seisi keluarga anda.
Perlukah Bio Aura kerap diselenggarakan?
Hanya perlu menukar penapis megikut jadual penggantian yang disarankan, Bagi penapis seramik (penapis A), anda perlu mencucinya setiap 3 atau 4 minggu, bergantung kepada kualiti air tempat yang anda duduki.
Testimoni
Pesakit buah pinggang
Pesakit Gout 1
Pesakit Gout 2
Pesakit Darah Tinggi & Resdong
Pesakit Segugut
Pesakit Kulit
Pesakit Kulit Bersisik
Pesakit Ketumbuhan Tulang yang Tidak Normal
Pesakit Luka Kaki
Pesakit Ketumbuhan Jerawat Pada Saraf Tunjang
Maklumat terperinci produk: http://en.hai-o.com.my/bio-aura/teknologi.asp
Harga: RM2080.00
Terma: COD atau ansuran bulanan serendah RM100.00 (boleh runding)
Wednesday, November 05, 2008 | 0 Comments



