feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Teluk Intan Here I Come

Labels:


Tak sangka pula teman rakan kongsi teman ni (Yati) ade pulak prospek tak sampai sebulan jadi ahli. Atas kesudian prospek dia untuk mengetahui berhubung perniagaan ini maka seharusnya teman memberikan kerjasama yang terbaik bagi memberi penerangan dan kepada Yati juga ambil peluang ini bersama-sama kita mempelajari dan mempraktikkan ilmu yang ada.

Harus bersama kita ingat, tidak boleh ade niat untuk memaksa dan terlalu berharap bahawa prospek tu akan jadi ahli dan bersetuju dengan apa yang kita terangkan kerana dia adalah manusia yang ada akal, nafsu dan ego. Kita hanya memberi maklumat, menunjukkan jalan antara punca rezeki yang ada dan yang telah diamalkan, menunjukkan bukti kejayaan dan lain-lain dengan cara yang terbaik dan berhemah.

Samada prospek itu setuju untuk menyertainya atau tidak maka terpulanglah kepada Allah yang menentukan rezeki tiap-tiap hambanya, kita berusaha dan tawakal.

Yang baik dtg dari Allah, yang tak baik dan gagal jadikan pengajaran supaya kita belajar dan muhasabah diri melihat di mana kelemahan dan perbaikinya... insyaallah.



DSM Zafarul - Kongsi Pengalaman

Labels:



DSM Zafarul....

Kongsi pengalaman bersama beliau dan juga cerita-cerita produk syarikat yang pernah beliau gunakan di http://zcaldina369.blogspot.com/



Satu permulaan hidup sebagai Usahawan

Labels:

Tanggal 21 Julai 2008, saya memberanikan diri untuk menceburi bidang MLM yang sebelum ini memang jgnkan cakap dengar pun saya x mau.. tapi ada sesuatu 'AURA' & mungkin rezeki anak2 saya yang membuatkan saya & isteri terbuka hati unutk mencuba setelah hampir 4 tahun kami hanya melihat & mengkagumi kejayaan rakan terdekat serta mereka2 yg terawal menceburinya.. dibawah bimbingan DDM Kak Da (bakal CDM..insyaallah) & Abg. Haris serta di bawah upline SM Khairiah & Faizul saya melangkah ke depan & insyaallah akan cuba melakukan yg terbaik hingga ke puncak kejayaan... bagi mereka yg berminat menyertai apa jua perniagaan MLM in mesti melakukan nya dgn bersungguh2 & tidak mudah putus asa... bagi saya Hai-O adalah pilihan yg paling tepat untuk memulakan langkah sebagai Usahawan...
http://hai-o369group.blogspot.com



Lawati Link Sahabat Hai-O

Labels: ,

Bagi anda yang baru dan tercari cari apa yang dilakukan oleh ahli Hai-O sehingga berjaya lawati link yang disediakan.

Bagi anda yang telah menjadi ahli dan mencari-cari pengalaman dan ilmu, lawati link yang disediakan dan cedoklah ilmu / pengalaman yang diceritakan untuk dipraktik.



Praktikal Praktikal & Praktikal

Labels:

Malam tadi ikut upline (zcaldina) jumpa prospek die dekat area Summit. Memang sengaja serah tengkuk kat upline nat buat praktikal bentang BUDAYA 369.

Ceritanya sebelum pergi tu memang dah nekad nak bentang buat praktikal BUDAYA 369. Lepas tu pulak memang sendiri tahu yang prospek tu kawan upline so tak kisah le redah je kalau salah cakap pun bukannya teman kenal pun. Lepas tu pulak dalam hati tu berulang-ulang kali teman katakan pada DIRI SENDIRI "pergi nak praktis bentang BUDAYA 369 masuk ke tak masuk tuhan tentukan".

Sebenarnya teman dapat tahu upline nak jumpa prospek dalam 5 jam awal dan dalam tempoh tu memang tak sempat nak praktis BUDAYA 369 dan nak list down apa yang perlu teman nak cakap sebab macam-macam hal ler ceritanya...

Jadi teman pun teringat balik info dan cerita pengalaman masa pegi kelas dan yang menguat dan meyakinkan semangat ialah bayangkan muka CDM Samiah dan kata-kata hikmahnya masa kami borak-borak kat kedai makan "Redah je...".

Lepas jumpa prospek tu upline layan borak dulu cerita serba sedikit pasal syarikat bawak keluar majalah dan surat khabar tunjuk sikit. Bila masuk bab BUDAYA 369 teman punya tugas pula dan upline teman observe...

Masa BENTANG BUDAYA 369 tu teman tak tengok langsung muka upline. Lantak ko la kui kui kui kui.. walaupun teman tak berapa ingat step dalam BUDAYA 369, teman ada salin step BUDAYA 369 dan itu lah penyelamat teman masa buat pembentangan. Tengok sikit pastu tulis balik dan huraikan.. ALHAMDULILLAH teman rasa puas dan tak banyak melalut, semua soalan-soalan yang diajukan dapat upline dan teman jawabkan...

Yiiihaaa berjaya redah buat selamba muka tak malu je bentang BUDAYA 369. Rasa macam terer pulak... tapi sampai la teman tulis blog ni, teman tak tanya lagi maklum balas dari upline cara pembentangan teman kui kui kui kui.... Selamat Mencuba



BUDAYA 369 - Apa tu???

Labels: ,

BUDAYA 369 diasas dan dicipta oleh CDM Madun B. Buyong dan mula diperkenalkan pada tahun 2004.

BUDAYA 369 merupakan olahan ciptaan CDM Madun yang dibentuk sesuai mengikut kehendak, keperluan, kesenangan, nafsu dan sebagainya iaitu perkara yang orang-orang Melayu selesa nak buat.

Berlandaskan sistem dan syarat-syarat pemasaran syarikat Hai-O Marketing maka lahirlah BUDAYA 369 yang memudahkan orang-orang Melayu untuk berjaya dengan lebih mudah, cepat dan berkesan berbanding cara tradisi atau kebiasaan perlaksanaan kerja dalam perniagaan MLM iaitu sebagai PENGEDAR / JURUJUAL.

BUDAYA 369 membuka dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja. BUDAYA 369 menyediakan pelan tindakan yang selamat kepada ahli. Dalam BUDAYA 369 mempunyai TEMPOH BERTENANG dimana ahli tidak perlu risau tentang masalah kewangan dan menggunakan TEMPOH BERTENANG untuk menuntut ilmu dan melakukan praktikal tanpa sebarang risiko. TEMPOH BERTENANG mengikut keadaan semasa sekarang adalah selama 18 bulan atau 1 tahun 6 bulan. Tidak dinafikan telah ada ahli yang mengamalkan BUDAYA 369 dalam TEMPOH BERTENANG berjaya mencapai pangkat CDM (pangkat tertinggi) dengan pendapatan 5 angka dalam tempoh 3 bulan, 9 bulan atau kurang dari 1 tahun.

BUDAYA 369 adalah platform untuk ahlinya bermula sebagai USAHAWAN dengan memperolehi pendapatan semaksimum mungkin yang dibayar oleh syarikat. Melalui BUDAYA 369 pendapatan pertama yang dicadangkan adalah serendah RM4700 dan tiada had maksimum. Ini terbukti apabila ada dikalangan ahli baru yang mencatat rekod dengan mendapat pendapatan pertama 5 angka.

BUDAYA 369 turut menekan keperibadian mulia sebagai orang Islam, menuntut ahlinya supaya berubah sikap menjadi insan yang baik, beretika ketika berurusan, bertanggungjawab kepada rakan kongsi agar pendapatan yang diperolehi secara halusnya adalah pendapatan yang HALAL.

BUDAYA 369 berkehendakkan ahlinya menjadi bijak dan boleh berfikir sendiri seterusnya mampu berdikari dalam meneruskan dan mengembangkan perniagaan ini.

BUDAYA 369 melahirkan PEMIMPIN / KHALIFAH yang boleh memimpin, memberi tunjuk ajar, membantu dalam pelbagai sudut agar semua rakan kongsi yang dipimpin beroleh kejayaan yang sama atau lebih baik.

BUDAYA 369 ni kalau Donald Trump dapat kompem meletup-letup kat sana... Perkara ini terbukti apabila kumpulan lain dalam Hai-O dan beberapa pengamal MLM dari lain-lain syarikat menggunakan asas yang sama dan menukar mengikut kesesuaian dan kepentingan mereka.

(Terdapat cerita yang menarik bagaimana CDM Madun memperoleh ilmu yang dikurniakan Allah kepadanya)

Untuk mengetahui BUDAYA 369 email saya di syah2511@gmail.com / YM saya syah2511@yahoo.com / SMS saya di 019-5773750 atau 017-2397710




Jangan Kedekut dan Simpan Ilmu

Labels:

Tak kira kita kat mana dengan sapa berguru, ilmu yang baik kita kongsi bersama. Tak rugi pun kalau kongsi ilmu ni.. hasilnya mudah untuk kita luahkan bila kita selalu bercerita apa yang kita tahu.

Malam ni dari jam 8.45 malam sampai le jam 12.00 malam teman melayan temuramah dari seorang sahabat yang berasal dari Terengganu dan sedang belajar di UMP. Nasib baik dia punya soalan tu dapat teman sambut secara berhemah dan sebaik mungkin teman bagi penjelasan pada dia.

Puas hati bila dapat kongsi pengetahuan, dan yang paling best semua ilmu yang kita dapat dalam kelas kita jadikan senjata untuk memberi penjelasan kepada soalan-soalan yang dikemukakan.. Kebetulan kami berbual melalui YM, maka senang juga teman nak tunjukkan maklumat berhubung perniagaan ni melalui laman web syarikat, testimoni, produk semua ada dalam laman web syarikat. Ayat-ayat CDM dan kongsi pengalaman dari yang lain dapat juga teman kongsikan dengan dia, kebetulan semua yang teman dapat dah ada kat blog ni dan mudah dia nak baca...



Susahnya Nak Kekalkan Tanggungjawab Kepada Rakan Kongsi

Letih memang letih, nampak macam mudah tapi susah juga... Betul kata CDM CDM dalam kelas, kalau takda ketahanan yang tinggi dan mantap untuk membantu rakan kongsi yang tidur, silap silap kita pun boleh hanyut sama.

Itu satu hal, nak jaga rakan kongsi yang tak tidur pun bukan senang. Kekadang rasa banyak sangat halangan dan kekangan nak bersama dengan rakan kongsi. Kalau teringat kepada rakan kongsi tu dan nak pulak berhubung ade je yang tak kena... dan kekadang tu tengah termenung dalam tandas baru plak teringat kat rakan kongsi... sabau aje larrr



Bagaimana Kejayaan Terbina

Tips dari CDM 9 bulan - CDM Ustz. Din dari Pontian Johor

Ustz. Din dikhabarkan mencapai CDM dalam tempoh 9 bulan dan juga melahirkan CDM dalam tempoh 9 bulan juga. Berasal dari Pontian Johor dan selalu menghadirkan diri di kelas Kepimpinan di Selayang setiap Selasa (jauh tu dari Johor dtg).

Tips dari Ustz. Din... Bagaimana Kejayaan Terbina?

Ustz. Din bermula dengan soalan. "Kenapa tidak berjaya dalam sponsoring?"

1. Keilmuan

  • mesti ada keilmuan tentang syarikat, produk dan BUDAYA 369
  • dengar cakap upline dan menimba ilmu dari upline
Soalan Ustz. Din: "Ada keilmuan tapi tak berjaya?"

2. Gerak Kerja
  • mesti ada gerak kerja, ada jadual, ada sasaran
  • kongsi ilmu yang ada
Soalan Ustz. Din: "Ilmu & gerak kerja ada tapi masih tak berjaya nak sponsor?"

3. Kesungguhan
  • mesti bersungguh sungguh dalam mendalami keilmuan dan gerak kerja
Soalan Ustz. Din: "Ilmu, gerak kerja dan kesungguhan dah buat tapi masih tak berjaya nak sponsor?"

4. Jadi Baik
  • ubah diri menjadi baik dalam segala perkara
Soalan Ustz. Din: "Ilmu, gerak kerja, kesungguhan dan jadi baik dah buat tapi masih tak berjaya nak sponsor?"

5. Pengharapan kepada Allah
  • Berdoa dan memohon kepada Allah
Soalan Ustz. Din: "Ilmu, gerak kerja, kesungguhan, jadi baik dan pengharapan kepada Allah dah buat tapi masih tak berjaya nak sponsor?"

6. Tawakal
  • Sesungguhnya Allah mengetahui akan setiap perkara dan telah ditentukan rezeki akan setiap kita...
  • Apa yang baik pada kamu tidak baik disisi Allah & apa yang tidak baik pada kamu baik disisi Allah..
Macam tu lah lebih kurang ilmu yg diturunkan oleh Ustz. Din. Huraiannya yang menyentuh hati terlalu panjang dan tak sempat nak salin, tapi melalui isi yang diberi kita boleh berfikir sendiri bagaimana hendak melaksanakannya... wallahhualam..



Kongsi Ilmu DDM Awi

Ilmu ni teman dapat masa kelas khusus untuk DSM dan ke atas. Walaupun teman baru SSM teman datang juga setelah dapat lampu hijau dari upline teman DSM Zafarul (zcaldina369), itu pun lepas dapat lampu hijau dari CDM no 1 369 CDM Samiah..

Tapi terus terang ler, memang pedas dan pedih kalau dengar info dari kelas malam tu, nasib ler kalau dah terdengar kena la ambil iktibar dan peringatan sebab apa yang disampaikan itu memang betul kerana menyentuh tanggungjawab sebagai ahli, tanggungjawab sebagai rakankongsi, tanggungjawab sebagai upline dan tanggungjawab mematuhi tuntutan agama Isalam dalam berniaga.

DDM Awi Berkongsi Ilmu

Malam tu Awi cerita pengalaman mcm mana dia berniaga sehingga mencapai DDM dengan pendapatan 5 angka sebulan.

A) Sebelum jumpa prospek
1. Percaya kepada Budaya 369 - sebelum jumpa prospek kena ada rasa percaya kepada apa yang hendak kita bawa yang hendak kita berkongsi yang hendak kita berikan peluang ini kepada orang lain iaitu BUDAYA 369.

2. Wujudkan keyakinan - harus yakin benar ikhlas dalam hati bahawa BUDAYA 369 memang baik, memang bagus, memang sesuai untuk orang-orang melayu, memang mudah dibawa, mudah difahami.

B) Bila dah jumpa prospek
1. Berborak pasal prospek - lebihkan perbualan mengenai prospek, wujudkan hubungan silaturrahim dan kenali prospek
2. Tanyakan perihal pekerjaan - untuk mengetahui prospek bekerja disektor awam atau swasta, mudah untuk tahu prospek boleh buat loan atau tidak
3. Tanya keadaan ekonomi

Perkara diatas untuk kita lebih mudah memahami prospek dan mengetahui dimana masalah dan kelemahannya.

C) Bila nak sponsor
1. Fikirkan apa yang prospek nak

Itu lah lebih kurang isinya.. huraiannya panjang dan tak sempat nak salin, tetapi kita buleh fikirkan sendiri..

Banyak lagi info yang teman dapat, antara lain ayat power yang sesuai digunakan untuk bercakap dengan prospek.. Kepada rakan kongsi teman, selalulah kita berjumpa dan bertegursapa.. dapatlah kita berkongsi bersama ilmu yang ada untuk dijadikan amalan semasa berniaga...




Jangan terlalu ghairah mengejar kejayaan dan kekayaan..

Teman nak berkongsi pengalaman,

Jangan terlalu ghairah dengan kejayaan upline.. buleh ambil aura dari kejayaan tu sebagai pembakar semangat tetapi MESTI BERHEMAH DAN MERENDAH DIRI SERTA JANGANLAH SESUKA HATI CERITA KEHEBATAN ORANG LAIN... BERPADA PADALAH...

Kerana sikap kita yang terlalu beriya-iya akan membuat orang yang mendengar menyampah dan menyimpan hasrat untuk melihat keadaan kita. Dan pasti dia akan tertawakan kita secara nyata bila kita tiada sebarang perubahan dalam masa terdekat (ni yang menyebabkan kita disisihkan) dan jika berjaya tak berani ler die nak sindir, buat kawan lagi ade (kawan ade makna tu)... kata orang bila dah terlanggar tiang baru nak beringat... Itu ler perkara yang berlaku pada teman suatu ketika dahulu...

Sekarang ni kira teman ikut kata-kata CDM dalm kelas kepimpinan..
Pertama
dapatkan keilmuan dulu tentang sistem dan produk, jangan lesu nak belajar perkara ni. Memang tidak dinafikan teman sendiri pun takde nafsu nak menghayati keilmuan ni pada permulaan, tapi setelah teman mengharungi kesusahan dalam kehidupan serta selalu hadir kelas. Pintu hati tu terbuka dan menjadi semakin jelas... dan kebaikan yang datang semasa dan selepas itu, sendiri la rase kerana susah juga teman nak perjelaskan rasa nikmat tu.. (terima kasih pada upline teman caldina369 kerana membantu selama ini)

Kedua buat rangka kerja, susun jadual untuk berjumpa dengan prospek...

Ketiga mesti buat praktikal... yang ni ler ayat akhir sekali teman dapat dan terase mase kali terakhir jumpe dengan abg madun kat selayang. Dia kata "aku kesian tengok kumpulan nkorang ni (teman dengan upline dari tg. malim). Orang lain tiap tiap bulan dapat pendapat walau sikit tapi nkorang aku tengak ape pun tak dapat. Macam - macam ilmu aku dah perturun tapi masalah korang takde praktikal je.." macam tu ler lebih kurang ayat yang buat teman sedar kelemahan diri.. pastu abg madun bagi lagi ilmu rahsia yg dia belum nak bentangkan lagi kat kelas....

Praktikal mesti buat, teman lihat diri sendiri dan ambil ayat CDM. Buat dulu praktikal tak kira macam mana buat praktikal. Niat dlm hati untuk membiasakan diri dengan ilmu, sekarang masa untuk praktikal biarlah orang lain laju je dalam perniagaan ini. Bagi teman yang slow ni macam tu lah, teman jumpa kengkawan teman tak niat langsung nak ajak deme join, teman niatkan nak praktikkan sahaja apa nak jadi jadi lah!!

Sekarang teman dapat rasakan ada sesuatu kekuatan untuk teman berpegang dan percaya dan teruskan praktikal. Sehingga semalam teman dah buat gerak kerja dan buat appoinment untuk berjumpa beberapa orang sahabat dengan alasan trick jugak ler (yg ni belajar ler dari pengalaman nak mengelak) tapi masih tidak kesampaian atas faktor diluar jangkaan. Kita merangcang tuhan menentukan, tapi teman ambil sebagai ilmu dan akan perbaiki... Jadi cerita panjang-panjang dan bagi ilmu bebanyak tak guna kalau DIRI SENDIRI tak pergi buat seperti yang diajarkan... PRAKTIK ILMU YANG ADA...



Originally Posted by myasufi369

salam semua geng2 haio..sye baru je join haio nih..alhamdulillah dah dpt pun cek pertama itu ari n filter pun tggal 4 je lagi lom juai..tp yg poblemnye skg.,nak terjah member2 lame balik..punye lah payah mcm diorg tau2 je kite ni nak ajak join wat biz sob...sob...sob...upline dah ajar mcm2 cara tp tetap cam tu gak..ade yg minat tp loan tak lepas plak..bank2 sume taknak bagi..sadis sungguh..mula la patah semangat nak truskan..

so sape2 otai2 haio kat sini yg dpt tlg sye ni..nak ejas member lame balik n nak tlg prospek/bakal downline dptkan loan..
------------------------------------------------------------------------------------------------

PENDAPAT TEMAN

Pertama sekali tahniah kerana memberi peluang kepada diri sendiri.

Keduanya tahniah juga kerana mempunyai upline/rakankongsi yang bertanggungjawab.

Ketiga tahniah juga kerana sudi bertanyakan pendapat dan membuat rujukan kepada ORANG YANG DAH BUAT....

Perkara yang mike kate tu biase dah berlaku pada ahli termasuk ler teman.. bukan 1 atau 2 orang, tapi satu jabatan kira kira nak dekat 100 orang pandang macam tu kat teman sejak buat niaga ni sampai la hari ni. Cuma ade la sorang dua yang beli bio-aura bayar ansuran. Yang lain jgn cuba cuba la teman nak bercerita pasal niaga kompem time tu jugak tukar topik ke, blah ke paling hina pakat ramai ramai kutuk... teman sorang je terkedu ler merah padam malu tahap cium lantai...

Pada pandangan teman berdasarkan testimoni orang baru yang berjaya dari info tiap-tiap malam selasa di kelas kepimpinan selayang. Bukti bukti menunjukkan bahawa cek pertama jgn dilunyaikan. Walau sebesar mana pun godaan melanda jgn ler dilunyaikan, tahan dulu nafsu serakah tu dan simpan dulu duit tu serta ikut plan BUDAYA 369.

Dalam bulan seterusnya mike cuba usahakan untuk peroleh cek yang kedua dalam nilai 4 angka dan lagi cun kalau dapat bersamaan dengan cek pertama atau lebih kalau kurang cuba bertahan sampai cek ke 3. Tujuan cek ni bagi memudahkan mike memiliki kereta idaman untuk mengembangkan perniagaan (KONSEP IMEJ).

Lepas tu ajak upline g booking kereta BMW 3 siri sangat sesuai untuk permulaan kerna ade aura yg tersendiri atau Caldina atau kereta import yang lain. Duit yang mike simpan tak joli tu guna untuk bayar bulanan kereta DAN JANGAN LER RISAU SERTA YAKIN LER DENGAN BANTUAN UPLINE SERTA ILMU YANG MIKE ADE, kengkawan yang mike rase payah tu akan terbuka pintu hatinya dan kerja akan mudah insyaallah.... akhir sekali tawakal kepada ALLAH. Kalau dah pakai kete pon kawan tu tak jalan juga, bukan rezeki untuknya... carila insan diluar sana yang masih tercari cari peluang ini...

Teman bercerita berdasarkan pengalaman teman dan juga dari kata-kata CDM Madun pada peringkat awal mase teman join perniagaan ni. Tapi mase tu keikhlasan teman takde le dan haram le nak dengar kate Madun. Duit depan mate RM RM RM teman joli le lunyai dan mase tu pon dah dekat nak raye, pastu join pulak pelaburan letak duit je takyah buat keje.. duit tgh byk la katakan nak dekat RM8,000 cek 1 + 2 + 3, pastu BNM serbu langsung kantoi.. skrg terkapai-kapai ler teman..




Penyakit Datang Dalam Senyap

Labels: ,

Baru-baru ni teman pergi dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan UPSI berikutan sakit kepala semasa kursus 3 hari sebelumnya. Teman jangkakan mungkin ada darah tinggi.


Darah teman diambil dan keputusan mendapati teman tiada masalah kemungkinan mengidap darah tinggi atau kencing manis, tetapi ada penyakit lain pulak yang teman dapat iaitu jankitan kuman pada hati...


Punca teman tak pasti tapi menurut doktor, teman perlu menjalani pemeriksaan Hepatitis B. Doktor nak pastikan sama ada teman dijangkiti atau pembawa virus berkenaan. Menurut doktor lagi mungkin dah hampir sebulan teman dapat penyakit ni dan kalau teman dijangkiti antara caranya adalah melalui air liur. Kalau difikirkan balik kongsi air liur melalui kongsi bekas makanan yang sama (kami 3 beranak ni aje la). Dan sekali lagi darah teman diambil untuk pemeriksaan Hepatitis B, memang tak best lar kena cucuk ngan jarum ni.. 2 kali cucuk plak tu baru dapat darah..

Jadinya, hari jugak teman nak bawak anak isteri pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan kot-kot ada dikalangan kami ni ada virus yang sama. Harap dapat kesan awal dan buleh ambil tindakan pencegahan..


Cuba Produk Hai-O
Ambil peluang dalam masalah.... teman akan mencuba produk hai-o untuk megubati penyakit ni, lagi pun teman kena jumpa doktor dalam masa satu bulan dan 3 bulan akan datang, maknanya kena ambil darah lagi larrr...




Bahagiakan Dahulu Ibu Bapa

Pengalaman ni teman dapat dari seorang sahabat semasa kami bercerita hal peribadi yang menyentuh perbelanjaan tiap-tiap bulan. Kemudian teman tanya perihal bila sahabat tu nak ke Umrah..

Sahabat menceritakan dia akan ke Mekah setelah selesai hajatnya hantar Ibu Bapa ke Mekah dulu dan hajat tu dah tercapai yang mana Ibu Bapa sahabat ni baru sahaja berlepas dalam hujung bulan 11/2008. Seterusnya sahabat ni ceritakan dia rasa sangat lega, senang hati dan gembira kerana dapat menggembirakan Ibu Bapa dengan cara begitu dan penuh rendah diri sahabat menyatakan itulah sahaja yang dapat dibuatnya demi membalas jasa Ibu Bapa nya dan itu pun masih tak cukup jika dibandingkan kepayahan Ibu Bapa nya. Apa yang buat teman lebih terasa, sahabat ni telah usaha menyimpan duit sejak berumur 16 tahun lagi sehingga sekarang lebih kurang 35 tahun untuk hantar Ibu Bapa ke Mekah.

Sejak hari itu teman rasa tersedar, teman memang niat untuk dapatkan peluang ke Umrah tahun 2009 melalui pakej syarikat bagi sesiapa yang layak untuk diri teman dan isteri... sejak hari itu teman telah tetapkan niat jika berjaya maka teman nak hantar mak dan ayah teman dulu dan impian itu semakin jelas dan kuat setelah teman berniat begitu... harap usaha teman dirahmati Allah seadahnya... Amin...



Pesanan Buat Yati (Teluk Intan)

Yati,

BUDAYA 369 yang teman emailkan tu tolong fahamkan.. hari-hari baca hari-hari tiru dan tuliskan balik, maka nanti akan keluar banyak soalan dlm kepala... tulis semua soalan dan bertanya pada teman selaku upline, percaya atau tidak masa saja yang akan menentukan bahawa daya usaha yang kita curahkan dlm mengamalkan BUDAYA 369 AKAN MEMBANTU KITA BERUBAH KEPADA KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK... insyaallah..



BUDAYA 369 - cuba dulu baru tau

Kali pertama cuba;

Mase tu lepak kat kedai mamak ngan pegawai teman.. mula tu borak borak kosong je, pastu den masuk cito pasal air, pasal rumah dio paip bocor... lopeh tu den nampak mamak dok gunting kotak rokok kocik-kocik kat kaunter, den datang kat mamak tu mintak soholai kotak rokok yg tak gunting lagi. Terus duduk balik dan terus bagi mukadimah " Bos nak mintak pandangan bos kejap le.." terus den cito BUDAYA 369.... har har har har ....

Memang takdo masalah terus ajo cito sampai habis... tapi ado la pro and kontra tu panjang lak nak cito kang... tapi lega aaa nak hilangkan bebal tu..

Kali kedua selang 2 hari kemudian;

Kebetulan terserempak member tgh ber SMS sesorang... terus aku cari kertas pastu lepak kat sebelah die, aku masuk je mukadimah " Bro, aku nak tanye pendapat nko ler...", aku bentang BUDAYA 369 lagi... pas dah bentang tu aku rase semacam jer... kui kui kui... rase nak test lagi kat org lain...

Niat mase tu memang bukan nak bagi closing, memang niat nak membiasakan diri... tapi pastu teman dah relaks nak dekat 3 hari x jumpa sesape bercerita, so penyakit tu dtang la balik.. nie nak kena buat lagi lar..



Melawat Rakan Kongsi - Tanggungjawab

CDM Madun pernah menekankan kepada ahli supaya bertanggungjawab kepada semua rakankongsi.. rentetan dari pesanan itu teman malam tadi melawat salah seorang rakan kongsi yang lama menyepi..

Perbualan selama 2 jam sebagai mengeratkan semula silaturrahim, banyak cerita dari sahabat ini berkisar kepada kerja pejabat, lawak jenaka, perniagaan yang sahabat ini usahakan sekarang dan borak-borak kosong.. Teman sempat juga bertanya tentang perkembangan Hai-o, teman hanya dapat mengingatkan supaya keahlian tidak dimatikan dan dari perbualan itu teman dapat tahu sahabat ini masih menyimpan 7 unit Bio-Aura bernilai RM14,560.00.

Melalui perbualan pendek itu juga teman tahu yang sahabat ini telah banyak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terkini serta kaedah jualan yang di amalkan dalam BUDAYA 369. Perbualan kami berkesudahan begitu sahaja tanpa teman dapat gagal untuk berkongsi BUDAYA 369 dengan sahabat ini.. kami akan berjumpa lagi..



Handphone hilang...

Nasib-nasib... balik dari meeting kat selayang 25/11/2008 (selasa) handphone teman hilang.. mungkin ade hikmahnya.. tapi teman terkilan juga sebab nombor telefon prospek sume ade dlm tu... dan malam tu pulak lepas kuar dari tempat meeting, teman tgh rancak hantar sms pada rakan kongsi untuk berkongsi ilmu yg teman dapat malam tu...



Berjaya dapat rakan kongsi baru...

Alhamdulillah, berjaya mendapat sorang lagi rakan kongsi malam tadi... setelah hampir 2 minggu usaha berterusan dan tidak jemu menjawab soalan, temukan dengan upline dan bawa kepada "meeting".

Kerja seterusnya adalah TANGGUNGJAWAB kepada rakan kongsi baru ini, perkara ini dibincangkan kepada upline iaitu Cikgu Yaki bagi mendapatkan pandangan untuk membantu rakan kogsi baru ini. Insyaallah dengan bantuan upline-upline yang ada kami akan bersama-sama dalam meneruskan usaha ini agar rakan-rakan kongsi yang sedia ada sentiasa 'terjaga' dan terus berusaha bagi mencapai matlamat untuk sama-sama berjaya membebaskan diri dari kesempitan kewangan. Insyaallah...



Sistem "Budaya 369"

Kelas malam tadi di BBS menerapkan BUDAYA 369 kepada ahli.

Sistem yang diberi nafas baru sangat-sangat mudah, menurut ahli yang telah mempraktikkan sistem BUDAYA 369 ini berjaya menarik semula prospek-prospek yang suatu ketika dulu sangat-sangat membangkang dan benci melihat unsur-unsur yang ada dalam sistem sebelum ini.

Menarik!! Kongsi pengalaman oleh seorang Cikgu yang sedang menyambung pengajian Ijazah di UPSI telah mengambil cuti dari meneruskan pelajaran selama setahun baru sahaja pulang dari Paris menerusi pakej percutian yang ditaja oleh syarikat. Beliau telah berjaya meyakinkan sahabat lamanya seorang ahli perniagaan yang membangkang MLM 200%. Menurut beliau melalui pembentangan BUDAYA 369 sahabatnya telah pun menjadi ahli.

Seorang ahli yang bakal menjadi CDM bila-bila masa cuba untuk mencapai sasaram CDM 2008 sebelum tarikh tutup kelayakan pada 30 November 2008. Menurut cerita pengalaman beliau yang memerlukan lima orang ahli baru sahaja lagi telah mencuba sistem BUDAYA 369 tersebut dan telah pun berjaya memperolehi 5 orang ahli baru yang akan melayakkan beliau menerima anugerah CDM 2008 dan akan dianugerahkan pada hari ulang tahun syarikat yang ke 16 pada bulan Disember 2008 nanti. Sebelum itu, beliau menceritakan pengalamannya yang mempraktikkan sistem BUDAYA 369 itu kepada dirinya sendiri beberapa kali sehingga beliau mendapat kefahaman lalu menyarankan ahli yang lain membiasakan dulu DIRI SENDIRI dengan sistem ini.

CDM Madun pula pada malam itu, mengingatkan ahli supaya bertanggungjawap kepada rakan kongsi, lakukan praktikal selain dari datang setiap kali kelas diadakan.

Manakala pada diri saya sendiri, saya telah datang bersama seorang rakan baru dari UPSI pada malam tersebut dan Alhamdulillah rakan tersebut telah nampak dan faham perjalanan BUDAYA 369 dan akan mendaftar pada malam ini untuk menjadi ahli...





BICARA TENTANG AIR....

Labels:

KENAPA KLORIN DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT AIR?

Air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.

Namun, klorin yang digunakan sebagai bahan perawat adalah sebatian yang sangat aktif. Apabila dicampurkan dalam bekalan air, bahan perawat ini bukan sahaja membunuh bakteria dan virus dalam air tetapi juga bertindak balas dengan bahan kimia lain dalam air.

Hasil daripada proses pengklorinan akan membentuk sebatian baru yang disebut Hasil Sampingan Pembasmi (Disinfectant By Product – DBP). DBP yang berkaitan dengan klorin termasuklah Trihlometana (THM) seperti kloroform – blomoform dan diklorometana yang merupakan karsinogen berbahaya.

ADAKAH SELAMAT MEMINUM AIR MASAK?

Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100ÂșC.

Meskipun begitu, air masih mengandungi logam berat, bahan kimia toksik dan lain-lain pencemar berbahaya yang TIDAK BOLEH DIHAPUSKAN SECARA PENDIDIHAN.

Haba dari air yang mendidih menyebabkan tindak balas kimia dan menghasilkan Triklorometana (THM) dan sebatian klorin lainnya.

KEPENTINGAN AIR BERALKALI

Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sell, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.

Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral. Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali.

Jangan meminum semata-mata air kosong contohnya air suling iaitu air yang hanya mempunyai molekul-molekul Hidrogen dan Oksigen dan tidAk mempunyai elektrolit mineral. Tambahan pula air kosong jenis ini mudah menyerap bahan berasid, radikal bebas yang diambil dari makanan dan akan digunakan disel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh sistem badan.

Jika kepekatan ion hydrogen melebihi paras normal atau tinggi, tubuh seseorang individu itu akan mengalami asidosis atau berasid. Perubahan kadar tindakbalas bahan kimia yang jelas boleh berlaku dengan perubahan kepekatan ion hydrogen walaupun sedikit.

PENYAKIT-PENYAKIT DISEBABKAN pH BADAN BERASID

Kanser Sel
Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.

Kencing Manis
Bahan toksik berasid berkumpul dipankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.

Darah Tinggi
Tokisk berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

Darah Rendah
Toksik berasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.

Penyakit Buah Pinggang
Pengumpulan toksik berasid di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.

Osteoporosis
Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium da tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama-kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis.

Rheumatisme
Toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.

Sembelit
Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancer, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.

p/s - sekadar berkongsi maklumat drp artikel yg pernah saya baca. Salah silap, harap dimaafkan.

Sumber dari: http://www.ittutor.net/forums oleh bestofel




Air akuarium tidak pernah tukar guna air Bio Aura

Labels: ,

Ujian ini saya lakukan sendiri, kata orang ikan emas sangat snsitif dan mudah mati jika air kotor. Makanya saya telah cuba sendiri membela ikan emas dalam kuantiti yang banyak. Sejak membela ikan emas saya tidak pernah meletak sebarang anti klorin, ubat-ubatan atau garam seperti yang dicadangkan penjual ikan. Ini kerana saya nak melihat sendiri hasilnya,

Spesifikasi akuarium:

Saiz akuarium anggaran 2 kaki x 4 kaki kot??
Motor mengepam air
Penapis kotoran

7 ekor ikan emas
1 ekor ikan bandaraya
2 ekor (kategori ikan sepat kot)
2 ekor (macam ikan bandaraya tapi spesis lain dan kecil)
2 ekor (ikan ape ntah ade belang tarung kat badan die)
9 ekor (ikan ni patutnya makanan ikan puyu tapi bela je kat sini)

Jangka hayat air setakat ini sudah hampir 3 minggu.
Cara penjagaan hanya menambah air Bio-Aura serta menukar span penapis.
Projek akan datang nak letak udang besar dalam akuarium ni.



Kualiti air di Taman Merpati, Kalumpang, Selangor

Labels: ,

Salah seorang pelanggan yang telah menggunakan penapis air Bio-Aura di rumah.

Alkisahnya Mak Cik ni ambil upah menjaga anak (termasuk ler anak teman), pada permulaanya teman minta pasang satu kat rumahnya untuk percubaan dan selepas sehari pasang dapat dilihat kualiti airnya seperti gambar dibawah.. sekarang mak cik ni terus pakai dengan bayaran ansuran..

Gambar semasa baru dikeluarkan dari tabung. Beginilah kekotoran dan kualiti air di rumah mak cik ni.

















Gambar ini diambil semasa proses membersih dilakukan. Lihat perbezaannya.

















Ini adalah filter yang telah dibersihkan.



Penapis Air Bio-Aura

Labels: ,

Teknologi NANO dalam Sistem Penapisan Air

Bio Aura Hi-Tech Water System mengaplikasikan teknologi sistem penapisan yang canggih dan terkini. Ia terdiri daripada 6 penapis dan dapat mengatasi masalah pencemaran air minuman. Ia
  • Tiada toksin, tidak berbahaya, dan tidak berbau asing;
  • Unsur-unsur mineral yang seimbang;
  • Nilai pH cenderung kepada alkali;
  • Molekul-molekul yang kecil.








Apakah kelebihan air Bio Aura?

  • Mengaktifkan sel-sel, memperkuatkan sistem imunisasi;
  • Daya resapan yang kuat, meningkatkan fungsi metabolisme;
  • Kandungan oksigen yang lebih tinggi, berfungsi antibakteria;
  • Daya larut yang kuat, membantu memperbaiki masalah sakit jantung, otak dan saluran darah.

Apakah itu air bertenaga dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan kita?
Air bertenaga bermaksud air yang molekul-molekulnya besar dan berselerak telah dipecahkan kepada dan berperanan sebagai medium nutrien. Ia membantu dalam:
  • Penghadaman;
  • Menyingkirkan bahan buangan;
  • Melicinkan sendi-sendi;
  • Mengimbangkan suhu badan;
  • Mengekalkan fungsi-fungsi sel;
  • Mengekalkan metabolisme tisu seperti limfa, darah dan sebagainya.

Adakah air Bio Aura sesuai diminum oleh bayi atau kanak-kanak?
Sudah tentu! Orang tua dan wanita mengandung juga sesuai meminumnya. Air Bio Aura sesuai diminum oleh seisi keluarga anda.



Perlukah Bio Aura kerap diselenggarakan?
Hanya perlu menukar penapis megikut jadual penggantian yang disarankan, Bagi penapis seramik (penapis A), anda perlu mencucinya setiap 3 atau 4 minggu, bergantung kepada kualiti air tempat yang anda duduki.

Testimoni

Pesakit buah pinggang
Pesakit Gout 1
Pesakit Gout 2
Pesakit Darah Tinggi & Resdong
Pesakit Segugut
Pesakit Kulit
Pesakit Kulit Bersisik
Pesakit Ketumbuhan Tulang yang Tidak Normal
Pesakit Luka Kaki
Pesakit Ketumbuhan Jerawat Pada Saraf Tunjang


Maklumat terperinci produk: http://en.hai-o.com.my/bio-aura/teknologi.asp
Harga: RM2080.00
Terma: COD atau ansuran bulanan serendah RM100.00 (boleh runding)