Jangan terlalu ghairah mengejar kejayaan dan kekayaan..
Teman nak berkongsi pengalaman,
Jangan terlalu ghairah dengan kejayaan upline.. buleh ambil aura dari kejayaan tu sebagai pembakar semangat tetapi MESTI BERHEMAH DAN MERENDAH DIRI SERTA JANGANLAH SESUKA HATI CERITA KEHEBATAN ORANG LAIN... BERPADA PADALAH...
Kerana sikap kita yang terlalu beriya-iya akan membuat orang yang mendengar menyampah dan menyimpan hasrat untuk melihat keadaan kita. Dan pasti dia akan tertawakan kita secara nyata bila kita tiada sebarang perubahan dalam masa terdekat (ni yang menyebabkan kita disisihkan) dan jika berjaya tak berani ler die nak sindir, buat kawan lagi ade (kawan ade makna tu)... kata orang bila dah terlanggar tiang baru nak beringat... Itu ler perkara yang berlaku pada teman suatu ketika dahulu...
Sekarang ni kira teman ikut kata-kata CDM dalm kelas kepimpinan..
Pertama dapatkan keilmuan dulu tentang sistem dan produk, jangan lesu nak belajar perkara ni. Memang tidak dinafikan teman sendiri pun takde nafsu nak menghayati keilmuan ni pada permulaan, tapi setelah teman mengharungi kesusahan dalam kehidupan serta selalu hadir kelas. Pintu hati tu terbuka dan menjadi semakin jelas... dan kebaikan yang datang semasa dan selepas itu, sendiri la rase kerana susah juga teman nak perjelaskan rasa nikmat tu.. (terima kasih pada upline teman caldina369 kerana membantu selama ini)
Kedua buat rangka kerja, susun jadual untuk berjumpa dengan prospek...
Ketiga mesti buat praktikal... yang ni ler ayat akhir sekali teman dapat dan terase mase kali terakhir jumpe dengan abg madun kat selayang. Dia kata "aku kesian tengok kumpulan nkorang ni (teman dengan upline dari tg. malim). Orang lain tiap tiap bulan dapat pendapat walau sikit tapi nkorang aku tengak ape pun tak dapat. Macam - macam ilmu aku dah perturun tapi masalah korang takde praktikal je.." macam tu ler lebih kurang ayat yang buat teman sedar kelemahan diri.. pastu abg madun bagi lagi ilmu rahsia yg dia belum nak bentangkan lagi kat kelas....
Praktikal mesti buat, teman lihat diri sendiri dan ambil ayat CDM. Buat dulu praktikal tak kira macam mana buat praktikal. Niat dlm hati untuk membiasakan diri dengan ilmu, sekarang masa untuk praktikal biarlah orang lain laju je dalam perniagaan ini. Bagi teman yang slow ni macam tu lah, teman jumpa kengkawan teman tak niat langsung nak ajak deme join, teman niatkan nak praktikkan sahaja apa nak jadi jadi lah!!
Sekarang teman dapat rasakan ada sesuatu kekuatan untuk teman berpegang dan percaya dan teruskan praktikal. Sehingga semalam teman dah buat gerak kerja dan buat appoinment untuk berjumpa beberapa orang sahabat dengan alasan trick jugak ler (yg ni belajar ler dari pengalaman nak mengelak) tapi masih tidak kesampaian atas faktor diluar jangkaan. Kita merangcang tuhan menentukan, tapi teman ambil sebagai ilmu dan akan perbaiki... Jadi cerita panjang-panjang dan bagi ilmu bebanyak tak guna kalau DIRI SENDIRI tak pergi buat seperti yang diajarkan... PRAKTIK ILMU YANG ADA...




Post a Comment