Bahagiakan Dahulu Ibu Bapa
Pengalaman ni teman dapat dari seorang sahabat semasa kami bercerita hal peribadi yang menyentuh perbelanjaan tiap-tiap bulan. Kemudian teman tanya perihal bila sahabat tu nak ke Umrah..
Sahabat menceritakan dia akan ke Mekah setelah selesai hajatnya hantar Ibu Bapa ke Mekah dulu dan hajat tu dah tercapai yang mana Ibu Bapa sahabat ni baru sahaja berlepas dalam hujung bulan 11/2008. Seterusnya sahabat ni ceritakan dia rasa sangat lega, senang hati dan gembira kerana dapat menggembirakan Ibu Bapa dengan cara begitu dan penuh rendah diri sahabat menyatakan itulah sahaja yang dapat dibuatnya demi membalas jasa Ibu Bapa nya dan itu pun masih tak cukup jika dibandingkan kepayahan Ibu Bapa nya. Apa yang buat teman lebih terasa, sahabat ni telah usaha menyimpan duit sejak berumur 16 tahun lagi sehingga sekarang lebih kurang 35 tahun untuk hantar Ibu Bapa ke Mekah.
Sejak hari itu teman rasa tersedar, teman memang niat untuk dapatkan peluang ke Umrah tahun 2009 melalui pakej syarikat bagi sesiapa yang layak untuk diri teman dan isteri... sejak hari itu teman telah tetapkan niat jika berjaya maka teman nak hantar mak dan ayah teman dulu dan impian itu semakin jelas dan kuat setelah teman berniat begitu... harap usaha teman dirahmati Allah seadahnya... Amin...




Post a Comment