feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

BUDAYA 369 - Rezeki Allah Yang Tentukan

Labels:


Tidak semua orang boleh terima konsep berniaga MLM. Walaupun Budaya 369 telah berjaya terbukti berkesan mengatasi cara MLM tradisional dan menjadi ikutan dan trend MLM masa sekarang.. namun kepercayaan dan keyakinan adalah hak masing-masing.

Jika kita berniaga gerai makan dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.

Jika kita berniaga perusahaan ternakan dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.

Jika kita berniaga membuka bengkel kereta dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.

Jika kita berforex / insuran / public mutual / dll dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.

Begitu juga jika kita melabur seperti MP*B / Bulu* M*s / Jazz*en / Ja* Net*ork / dll konsep 5D (Duduk Diam Diam Dapat Duit) dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan perniaagaan ini.

Dan tidak terkecuali juga jika kita makan gaji dan memperolehi keuntungan dan kehidupan selesa maka kepercayaan dan keyakinan kita bersandarkan pada pekerjaan itu.

Jadi untuk saya yang terlibat dengan perniagaan Hai-O, dalam melaksanakan Budaya 369 jika menghadapi masalah seperti ini adalah perkara biasa. Saya juga telah bertemu dengan bermacam perangai kawan-kawan dan prospek dengan pelbagai alasan yang mereka percaya bahawa apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik dan membidas usaha saya adalah sia-sia, bodoh dan merugikan.

Saya terpaksa menerima tamparan tersebut dengan rela hati, kerana dalam Budaya 369 kita harus setuju dengan pendapat mereka. Setuju supaya tidak menjadi pertelingkahan yang sia-sia, setuju untuk muhasabah diri, setuju untuk memperbaiki diri dari segi keilmuan, setuju untuk menjadikan diri kebal dengan keadaan seperti ini atau yang lebih teruk, setuju berkorban untuk berjaya, beginilah Budaya 369 yang diterapkan supaya mengubah sikap menjadi sabar, menjadi berilmu, berubah menjadi sikap yang baik.

Walaupun saya dicemuh melakukan perniagaan MLM bersama Hai-O, dengan sistem Budaya 369 dan segala kebaikan dan kejayaan yang telah ditunjukkan, saya yakin pilihan saya adalah tepat dan bergantung kepada semangat dan istiqamah untuk berjaya dalam perniagaan ini.

Janji Allah bahawa

DIA tidak akan mengubah nasib umatnya jika umatnya sendiri tidak berusaha untuk berubah

dan

9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan

adalah benar....

Jangan sesekali anda mencemuh individu yang berusaha dalam perniagaan kerana mereka sedang mengerjakan suruhan ALLAH dan jika anda mencemuh mereka tidakkah anda mencemuh suruhan ALLAH juga... berdosa atau tidak anda fikirkan.




0 comments:

Post a Comment