feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Hai-O Bantu Tambah Pendapatan Sampingan

Labels: , ,

Kongsi pengalaman terkini SSM Rizal dari Selangor...

Terjebak dengan program Usahawan Hai-O sejak bulan Puasa 2007 dengan 10 barang penapis air Bio Aura Hi-Tech Water System.

Terima bonus pertama seperti yang diterangkan dalam sistem sebelum membuat sebarang jualan dan terima ahli baru.


Sehingga hujung tahun 2007 dengan bantuan upline berjaya mendapatkan 2 orang rakan kongsi yang mempunyai impian yang sama. Seorang Ustaz dan seorang Pembantu Tadbir. Barang masih belum jual.

Dalam bulan puasa 2007 turut terjebak dengan program pelaburan syarikat MPSB (seangkatan Jai Network, Buluh Mas, Jazmeen dll, konsep 5D - Duduk Diam Diam Dapat Duit) , awal tahun 2008 masalah lain menimpa, MPSB disiasat BNM dan tiada income dari MPSB. Tapi Hai-O masih konsisten dan melahirkan bumiputera yang berjaya.

Kini bulan Februari 2009 modal dari MPSB masih belum dapat.

10 penapis air Bio-Aura Hitech Water Systems pula habis dijual secara tak langsung (tak pandai menjual pun). Bonus pertama RM4600 yang dapat pada tahun 2007 masih lagi cover untuk loan sampai sekarang dan ada belen cover dalam 3 bulan lagi. Baki loan seterusnya dibayarkan oleh kawan-kawan yang beli secara ansuran. Rakan kongsi pula dah ada 4 orang.

Ringkasnya, apa yang sedang berlaku sekarang:
1. Buat loan tak usik gaji
2. 10 penapis air bernilai RM20,800 dah dijual secara ansuran (pembeli bayarkan loan setiap bulan)
3. Tambahan pendapatan melalui BONUS selain gaji yang diterima dari kerja tetap sekarang

Kerja tetap yang dilakukan melalui perniagaan Hai-O:
1. Datang ke kelas atau majlis ilmu yang diadakan.
2. Jumpa dan belajar dari upline.

Kelebihan dapat sejak sertai Hai-O:
1. Pendapatan tambahan
2. Ilmu perniagaan
3. Kesihatan (Alhamdulillah penyakit Gout sampai bengkak kaki belum pernah jadi sejak guna sejak bulan puasa 2007)
4. Motivasi dan sikap positif
5. Disisihkan rakan-rakan terdekat.
6. Dapat rakan kongsi Usahawan Hai-O dari merata tempat , berkenalan dengan orang Melayu dari pelbagai pelbagai kerjaya yang telah berjaya sebagai Usahawan dan berkongsi pengalaman dan ilmu dari yang bekerja sebagai tukang angkat barang di Pasar Borong Selayang, Pembantu Am Rendah bekerja di INTAN, penganggur dari lepasan Universiti, driver lori, mat rempit, pekerja kilang, Professor dari Universiti tempatan, Pegawai Latihan Usahawan MARA. Semua ni jumpa di kelas / majlis ilmu)

Banyak pengalaman yang diperolehi,

Kata kawan-kawan yang sama kerja sekarang,

Impian nak hidup senang, rumah besar dan selesa, kenderaan besar dan selesa, selesa melancong, bahagiakan mak ayah dan bantu adik beradik selalu ada, tapi dengan kerja sekarang tak nampak jalan untuk capai impian tu.

Tapi dengan perniagaan sebagai Usahawan Hai-O, jalan dan peluang dah ada, bukti kejayaan orang-orang Melayu dan perniagaan ni dah banyak mendapat pengiktirafan dari kerajaan dan pengiktirafan peringkat global. Bergantung kepada usaha diri sendiri lambat atau cepat kejayaan untuk berjaya. Yang terbaik perniagaan dengan Hai-O, kita tidak berjaya dan kaya seorang, siapa sahaja yang buat telah menempah nama dan tempat untuk berjaya dan jadi jutawan, hanya tinggal usaha, kesabaran, doa dan istiqamah sahaja diperlukan. Itu yang sedang dialami dan dilalui sekarang..

Ketahui Informasi Kerjaya Usahawan Hai-O: Hubungi Syah 017-239 7710



0 comments:

Post a Comment