Melawat Rakan Kongsi - Tanggungjawab
CDM Madun pernah menekankan kepada ahli supaya bertanggungjawab kepada semua rakankongsi.. rentetan dari pesanan itu teman malam tadi melawat salah seorang rakan kongsi yang lama menyepi..
Perbualan selama 2 jam sebagai mengeratkan semula silaturrahim, banyak cerita dari sahabat ini berkisar kepada kerja pejabat, lawak jenaka, perniagaan yang sahabat ini usahakan sekarang dan borak-borak kosong.. Teman sempat juga bertanya tentang perkembangan Hai-o, teman hanya dapat mengingatkan supaya keahlian tidak dimatikan dan dari perbualan itu teman dapat tahu sahabat ini masih menyimpan 7 unit Bio-Aura bernilai RM14,560.00.
Melalui perbualan pendek itu juga teman tahu yang sahabat ini telah banyak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat terkini serta kaedah jualan yang di amalkan dalam BUDAYA 369. Perbualan kami berkesudahan begitu sahaja tanpa teman dapat gagal untuk berkongsi BUDAYA 369 dengan sahabat ini.. kami akan berjumpa lagi..
Friday, November 28, 2008 | 0 Comments
Handphone hilang...
Nasib-nasib... balik dari meeting kat selayang 25/11/2008 (selasa) handphone teman hilang.. mungkin ade hikmahnya.. tapi teman terkilan juga sebab nombor telefon prospek sume ade dlm tu... dan malam tu pulak lepas kuar dari tempat meeting, teman tgh rancak hantar sms pada rakan kongsi untuk berkongsi ilmu yg teman dapat malam tu...
Friday, November 28, 2008 | 0 Comments
Berjaya dapat rakan kongsi baru...
Alhamdulillah, berjaya mendapat sorang lagi rakan kongsi malam tadi... setelah hampir 2 minggu usaha berterusan dan tidak jemu menjawab soalan, temukan dengan upline dan bawa kepada "meeting".
Kerja seterusnya adalah TANGGUNGJAWAB kepada rakan kongsi baru ini, perkara ini dibincangkan kepada upline iaitu Cikgu Yaki bagi mendapatkan pandangan untuk membantu rakan kogsi baru ini. Insyaallah dengan bantuan upline-upline yang ada kami akan bersama-sama dalam meneruskan usaha ini agar rakan-rakan kongsi yang sedia ada sentiasa 'terjaga' dan terus berusaha bagi mencapai matlamat untuk sama-sama berjaya membebaskan diri dari kesempitan kewangan. Insyaallah...
Thursday, November 20, 2008 | 0 Comments
Sistem "Budaya 369"
Sistem yang diberi nafas baru sangat-sangat mudah, menurut ahli yang telah mempraktikkan sistem BUDAYA 369 ini berjaya menarik semula prospek-prospek yang suatu ketika dulu sangat-sangat membangkang dan benci melihat unsur-unsur yang ada dalam sistem sebelum ini.
Menarik!! Kongsi pengalaman oleh seorang Cikgu yang sedang menyambung pengajian Ijazah di UPSI telah mengambil cuti dari meneruskan pelajaran selama setahun baru sahaja pulang dari Paris menerusi pakej percutian yang ditaja oleh syarikat. Beliau telah berjaya meyakinkan sahabat lamanya seorang ahli perniagaan yang membangkang MLM 200%. Menurut beliau melalui pembentangan BUDAYA 369 sahabatnya telah pun menjadi ahli.
CDM Madun pula pada malam itu, mengingatkan ahli supaya bertanggungjawap kepada rakan kongsi, lakukan praktikal selain dari datang setiap kali kelas diadakan.
Manakala pada diri saya sendiri, saya telah datang bersama seorang rakan baru dari UPSI pada malam tersebut dan Alhamdulillah rakan tersebut telah nampak dan faham perjalanan BUDAYA 369 dan akan mendaftar pada malam ini untuk menjadi ahli...
Wednesday, November 19, 2008 | 2 Comments



