Budaya 369 - BERANI
Assalamua'laikum,
Sebenarnya teman dah tertinggal kelas sebelum ni pasal 2 minggu tak pegi kelas.. masalah dalaman ni.
Jadi semalam pegi kelas jugak la sebab nak jumpa En. Rashid Stokis Bkt. Bruntong untuk ambil Bio-Aura yg dan minta tips untuk demo produk kat pelanggan. Tips ni nanti teman cerita kendian..
OK selesai mukadimah tadi tu.
Kelas malam tadi (Isnin 2/3/2009) di Universiti Hai-O di cawangan Bukit Beruntong (Universiti Hai-O 369 yg pertama) dari Naib Canselornya CDM Madun Buyong telah melihat masalah dalam individu yang menjadi penghalang untuk berjaya dan takut untuk mengembangkan perniagaan dan berjumpa orang lain bagi menerangkan tentang produk dan peluang kerjaya bersama Hai-O (aku ler tu).
Dipendekkan cerita, ahli kena BERANI untuk menghadapi cabaran. Sebagai langkah permulaan untuk membina JATI DIRI, MODAL INSAN yang baik dan boleh berdikari, CDM Madun telah menetapkan para pelajar (ahli-ahli) harus ke kelas selama 3 bulan, seminggu sekali dan tidak boleh ponteng terus menerus di cawangan Universiti Hai-O yang berhampiran. Kalau nak pergi tempat lain atau lebih kerap adalah sebagai kelas tambahan.
Jadi mana-mana yang dah jadi ahli tu ambil perhatian la. Untuk mendapat sentuhan yang lebih sentimental dan eksklusif dari CDM-CDM, berkunjunglah ke Universiti pertama Hai-O (369) di Bkt. Bruntong yang melahirkan CDM-CDM 369 yang terawal yang hebat-hebat. Tempat ni pun sentimental jugak ler berbanding Universiti-Universiti Hai-O yang lebih selesa dan eksekutif seperti di Bandar Baru Selayang dan Kelang. Universiti Hai-O Bkt. Bruntong ni masih mengekalkan peninggalan lama dan bersejarah CDM-CDM otai ni. Bagi yang belum pernah datang silalah berkunjung.
View Larger Map




Post a Comment