Persoalan dari Syamsue
syamsue Says:
March 1, 2009 at 2:14 am
Rujukan : http://premiumbeautiful.wordpress.com/2007/12/06/plan-hai-o-marketing-group-369/
salam saya blom lg join hai-o..memg saya berminat..tp saya nk tanya apa akan jd sekiranya semua dh jd jutawan..sb dlm hai-o pangkat boleh diwarisi..apa akan jadi pd orang yg last sekali…buntu2
"..saya nk tanya apa akan jd sekiranya semua dh jd jutawan.."
Alhamdulillah, jika semua org melayu islam yg melakukan perniagaan melalui program hai-o jadi jutawan, Insyaallah kuatlah ekonomi Melayu dan byk kebaikan yang dapat dibuat untuk agama, bangsa.
Tiada masalah jika ramai yang bergelar jutawan, perniagaan syarikat dapat diperkembangkan, begitu juga perniagaan kumpulan, kedudukan syarikat bertambah kukuh dan manfaat juga diterima oleh semua ahli.
Syarikat memberi bonus 67% kepada ahli dan 33% digunakan oleh syarikat mengikut nilai keuntungan jualan melalui ahli-ahlinya. 33% juga digunakan untuk membantu ahli seperti membuat iklan-iklan produk spt di lebuhraya, iklan tv, surat khabar dll. Meraikan ahli dengan menghantar menunaikan Umrah & melancong ke luar negara, majlis-majlis anugerah & ulang tahun syarikat, barang-barang percuma, majalah dll. Menganjurkan seminar-seminar, R&D produk dll.
"..apa akan jadi pd orang yg last sekali.."
Wallahhua'lam, hanya Allah yang Maha Mengetauhi dan kepadaNya kita beriman. Kita tidak boleh mengira-ngira perkara ini. KetentuanNYA, rezeki ajal & maut mana mungkin kita menjadikannya seperti mengira masalah matematik.
Persoalan ni bukan 1-2 tahun yg lepas saya dah dengar, sejak join lain lain MLM dlm tahun 90an pun soalan macam ni ada ditanya sebab saya juga pernah tanya macam ni. Sekarang dah nak hampir 10 tahun MLM di Malaysia terus berkembang dan masih tidak terjadi pun isu orang terakhir & tepu. Hakikatnya anda lihat sendiri sekeliling, siapa yang melakukannya telah ditentukan rezeki untuknya.. tak perlu kita yg pening nak fikirkan nasib org yg akhir sebab sampai akhir hayat kita pun, tidak dapat kita tentukan siapa org yg akhir itu. Yakinlah 9/10 punca rezeki melalui perniagaan. Jadi buat sahaja dan jangan fikir perkara yang kita tak mampu nak beri jawapannya..




Post a Comment